MOTEL | Motel ialah tempat yang menyediakan kemudahan penginapan terutamanya kepada pemandu kereta. Kebanyakan motel terletak di persimpangan jalan besar yang sibuk, di kawasan pinggir bandar atau berhampiran lapangan terbang. Semua motel menyediakan kemudahan letak kereta secara percuma dan tetamu boleh sampai ke bilik secara terus. Sesetengah motel mempunyai restoran dan kolam renang. | UMUM | |
KARAVAN | Karavan ialah kenderaan beroda yang ditarik oleh kereta atau trak. Karavan direka bentuk khusus untuk digunakan sebagai tempat penginapan sementara sama ada bagi tujuan rekreasi atau perkhemahan. | UMUM | |
KNIGHTS TEMPLARS | Knights Templars ialah ahli satu kumpulan tentera agama bagi kesatriaan Kristian. Kumpulan ini telah diasaskan pada kira-kira tahun 1119 di Baitulmaqdis oleh kesateria Perancis, Hugh des Payens dan Godfrey dari St. Omer. Kumpulan ini pada mulanya dinamakan “the poor Fellow- Soldiers of Christ and the Temple of Solomon” kerana kemiskinan mereka dan penginapan yang diberikan kepada mereka oleh Raja Baldwin II dari Baitulmaqdis. Penginapan ini terletak di laman istana raja yang dikenali sebagai Temple of Solomon. | UMUM | |
TAIPING | TAIPING, pusat pentadbiran di Perak semasa pemerintahan British. Taiping mengalami perkembangan yang bertambah pesat setelah menjadi ibu kota. Bai mengendalikan urusan pentadbiran, beberapa infrastruktur telah dibina termasuklah bangunan hospital, balai polis, penjara, gudang, rumah penginapan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air bersih, perpustakaan dan sistem perhubungan telegraf turut disediakan. Perkhidmatan kereta api penumpang juga diperkenalkan di Taiping dan memulakan perkhidmatan antara bandar tersebut dengan Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada 12 Februari 1883. bagi memudahkan kegiatan mengeksport bijih timah melalui Port Weld, pelabuhan tersebut dipertingkatkan agar dapat memberikan kemudahan yang lebih memuaskan. Sebuah hospital iaitu Hospital Yang Wah yang mempunyai 900 katil telah didirikan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |