Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngin.tén.sif.an] | ڤڠينتينسيفن

Definisi : perbuatan mengintensifkan sesuatu usaha: ~ penyelidikan sains. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengintensifan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGAJIAN MELAYU DI BELANDAPENGAJIAN Melayu DI BELANDA, pusat pengajian bahasa Melayu.  Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran di Universiti Leiden mulai tahun 1876, dalam rangka pengembangan pengajian bahasa, budaya dan sastera Indonesia.  Pengembangan itu berkaitan langsung dengan peluasan dan pengintensifan pentadbiran Belanda di Hidia Belanda.  Di samping bahasa Melayu, diajarkan juga bahasa Jawa, ilmu bangsa-bangsa Indonesia, sejarah Indonesia dan ilmu undang-undang Indonesia.   Pada bahagian pertama abad ke-20, bidang pengajian Indonesia semakin berkembang.  Pengkaji pertama untuk bahasa Melayu ialah J. Pijnappel (1877-1889), H.C. Klinkert (1890-1905), Ch.A. van Ophuysen (1904-1917), dan Ph.S. van Ronkel (1919-1940).  Sebelum pengajian bahasa Asia, Universiti Leiden memberi penumpuan kepada bahasa Ibrani, Arab dan Parsi.  Pada abad ke-19, Bahagian Sastera Timur Fakulti Sastera diperluas, mencukupi bahasa Sanskrit, kemudian bahasa Jepun.BAHASABahasa

Kembali ke atas