Kesusasteraan Scotland berbeza daripada kesusasteraan di kebanyakan negara lain kerana dihasilkan dalam tiga bahasa iaitu Gaelik, Scotland, dan Inggeris. Sebelum tahun 1100-an kebanyakan orang Scotland berbahasa Gaelik, tetapi selepas itu bilangan yang bertutur bahasa Gaelik berkurangan. Sehingga tahun 1600-an, tidak ramai pemuisi Gaelik menghasilkan karya mereka. Puisi Gaelik yang diketahui merupakan kesusasteraan yang penting. Pada zaman awal, ketua klan mengekalkan penyair semasa meraikan kejayaan mereka berburu atau berperang. Kebanyakan penyair terkemudian menulis perihal pembuangan negeri dan pengisahan. Lihat Bahasa Gaelik dan Kesusasteraan Gaelik. |