Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngis.la.man] | ڤڠيسلامن

Definisi : perbuatan mengislamkan seseorang: upacara ~ beramai-ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngis.la.man] | ڤڠيسلامن

Definisi : perbuatan atau hal mengislamkan seseorang, sekumpulan masyarakat dsb: Ahli-ahli sejarah masih menganggap ~ penduduk di pulau itu sbg kejayaan yg besar dlm penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengislaman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESULTANAN BRUNEI

KESULTANAN BRUNEI, institusi kerajaan Brunei. Kesultanan Melayu Brunei wujud pada sekitar tahun 1368. Salasilah Raja-raja Brunei menyebut bahawa Raja Brunei yang pertama memeluk agama Islam ialah Awang Alak Betatar. Setelah ditabal sebagai raja, baginda dikenal dengan nama Sultan Muhammad. Sumber ini menjelaskan pengislaman Brunei bermula dengan pertabalan Sultan Muhammad setelah baginda berkahwin dengan Puteri Johor (Singapura Tua).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas