Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengkalan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKTAB PERGURUAN KOTA BHARU

MAKTAB PERGURUAN KOTA BHARU, maktab perguruan yang pertama dibina di Kelantan. Maktab ini terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan. Maktab ini mula dibina pada tahun 1952 dan siap pada tahun 1954.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MUSA AHMAD

MUSA AHMAD  (1921-1995), nasionalis, bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) dan salah seorang pemimpin Rejimen ke-10. Dia lahir di Pengkalan Baru, Ipoh, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di kampungnya, pendidikan agama di Sekolah al-Mashor, Pulau Pinang (1934-1941) dan Sekolah Lanjutan Anglo-Chinese, Perak.           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHAMAD YOUNUS HAJI ABDUL HAMID

MOHAMAD YOUNUS HAJI ABDUL HAMID (1889-   ?   ), wartawan dan penerbit Indonesia.  Dia lahir di Langkat, Sumatera, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan awal di Langkat.  Selepas tamat persekolahan dia bekerja sebagai pelatih kerani di syarikat minyak tanah di Pengkalan Bandar, pelatih telegraf di Kompeni Kereta api Deli, kerani di Labuhan Ruku dan pada waktu lapang menjadi guru penolong di sebuah sekolah Melayu di Batu Bahasa dan kerani di Syarikat Ejen Kompeni Kapal Api Belanda di Tanjung Balai.

SASTERATokoh
HAJI YAHAYA JUNID

HAJI YAHAYA JUNID (1911 -            ), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1911 di Selengkoh, Mukim Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar, pelajaran agama di Sekolah Pondok Tandop, Pengkalan Kundur, Alor Setar, di Pondok Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar dan di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Dia seterusnya belajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan dan di Makkah untuk terus mendalami pelajaran agamanya. Di Makkah dia belajar di Masjidil Haram daripada ulama terkenal antaranya Syekh Yasin Isa al-Fadani (Padang, Sumatera), Ibrahim al-Khumati Madani (Orang Rusia), Hassan Said Yamani, dan Syed Amin al-Khutubi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas