Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.kri.tik] | ڤڠکريتيک

Definisi : orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.kri.tik] | ڤڠکريتيک

Definisi : orang yg mengkritik: ~ sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kritik
Kata Terbitan : kritikan, mengkritik, pengkritik,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THUMBOO, EDWIN

Thumboo, Edwin (1933– ), penulis, pengkritik,

dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor

bahasa Inggeris di National University of

Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana

puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die

(1977) menerima anugerah puisi Singapore

National Book Development Council pada tahun

1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan

Southeast Asia Writer’s Award untuk puisi. Pada

tahun 1987, dia menerima Association of Southeast

Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian

terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang

telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree

(1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue

(1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the

Merlion (1979).

Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia

mendapat pendidikannya di Victoria School dan

University of Malaya di Singapura.

UMUM 
MENCKEN, H.L.

Mencken, H.L. (1880–1956) ialah pengkritik,

editor, dan wartawan Amerika Syarikat. Dia paling

terkenal kerana serangannya terhadap cita rasa dan

kebudayaan Amerika Syarikat serta kerana kajiannya

tentang bahasa Amerika.

UMUM 
STAËL, MADAME DE

Staël, Madame de (1766–1817) ialah pengkritik

dan penulis novel terkenal Perancis pada awal

tahun 1800-an. Karya sasteranya mempengaruhi

perkembangan kesusasteraan romantisisme

Perancis.

UMUM 
SHAFFER, PETER LEVIN

Shaffer, Peter Levin (1926– ) ialah pengkritik

dan penulis drama British yang terkenal, dengan

dramanya Five Finger Exercise (1958), yang

menerokai permusuhan dalam kalangan pelbagai

generasi keluarga kelas pertengahan. Dramanya

yang terkemudian termasuk The Private Ear and the

Public Eye (1962), The Royal Hunt of the Sun (1964),

Black Comedy (1965), The Battle of Shrivings (1970),

Equus (1973), dan Amadens (1979). Sebahagian

daripada karyanya telah difilemkan. Dia juga pernah

menulis untuk rancangan televisyen. Shaffer lahir di

Liverpool, England dan mendapat pendidikan di St.

Paul School, London dan Cambridge University.

Saudara kembarnya, Anthony Shaffer juga

merupakan penulis drama. Dramanya yang paling

terkenal, Sleuth, juga telah difilemkan. Dia juga

menulis lakon layar untuk filem Death on the Nile

dan Evil Under the Sun.

UMUM 
ROBBE-GRILLET, ALAIN

Robbe-Grillet, Alain (1922– ), penulis,

pengkritik kesusasteraan dan pengarah filem

Perancis yang telah meletakkan kerja asas bagi

pengarang novel baru dalam kesusasteraan

Perancis.

UMUM 
ATWOOD, MARGARET

Atwood, Margaret (1939– ), penyair,

penulis novel dan pengkritik Kanada. Atwood

mula dikenali melalui bukunya The Circle Game

(1966). Buku sajaknya yang lain termasuk The

Journals of Susanna Moodie (1970), sebuah

biografi mengenai seorang penulis Kanada;

Power Politics (1971), sebuah kajian mengenai

had-had antara hubungan lelaki dengan

perempuan; dan Two-Headed Poem (1978), yang

mengandungi sajak-sajak mengenai seorang ibu

dan anaknya. Buku Selected Poems diterbitkan

pada tahun 1978 dan Selected Poems II pada

tahun 1986.

UMUM 
SAINTE-BEUVE, CHARLES AUGUSTIN

Sainte-Beuve, Charles Augustin (1804–1869),

pengkritik Perancis yang menjadi pelopor

teragung kritikan sastera menurut kaedah biografi.

Menulis dalam gaya yang halus dan bijak, dia

melibatkan diri dalam keseluruhan bidang seni dan

persuratan. Esei yang sangat baik diterbitkan dalam

Literary Portraits (1829–1846), Contemporary

Portraits (1846), Monday Chats (1853–1862)

sebanyak 15 jilid, dan More Monday Chats (1863–

1872) sebanyak 10 jilid.

UMUM 
SITWELL, DAME EDITH

Sitwell, Dame Edith (1887–1964) ialah pemuisi,

pengkritik dan penulis biografi Inggeris. Dia

menjadi salah seorang sasterawan yang paling

kontroversi pada zamannya kerana puisi

eksperimennya yang biasanya kabur dan gaya

hidupnya yang ganjil. Sitwell terkenal kerana

pakaiannya yang menarik perhatian, antaranya

topinya yang luar biasa, jubah Zaman Pertengahan,

dan barang kemas yang sangat besar saiznya.

UMUM 
SHAW, GEORGE BERNARD

Shaw, George Bernard (1856–1950), dramatis,

pengkritik, dan penulis esei kelahiran Ireland yang

merupakan salah seorang tokoh sastera yang

penting pada tahun 1900-an. Dia menerima Hadiah

Nobel untuk bidang kesusasteraan pada tahun 1925.

UMUM 
SHAHNON AHMAD, DATO’

Shahnon Ahmad, Dato’ (1933– ) ialah penulis,

pengkritik sastera, dan ahli politik. Dia merupakan

penerima Anugerah Sasterawan Negara yang

kedua (1982). Shahnon juga merupakan pelopor

penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan

Melayu. Novel Shahnon yang terkenal, Ranjau

Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan

keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah

yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri, Jeha,

serta anak-anaknya. Novel ini diterjemahkan ke

dalam bahasa Inggeris, Jepun, Sweden, Rusia,

Iceland, Belanda, dan Denmark. Di samping itu,

novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq

(1986), Umi dan Abang Syeikul (1988), dan Tuk Guru

(1988) menampilkan suatu pendekatan baharu dalam

menyampaikan kesedaran beragama dan

pelaksanaannya. Shahnon juga menghasilkan

novel-novel yang berkaitan dengan fenomena

politik semasa yang berlaku di tanah air seperti

tergambar dalam novelnya Menteri (1967), Perdana

(1969), Tunggul Gerigis (1988), Patriarch (1991),

Sutan Baginda (1990), dan Shit (novel satira, 1999).

Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang

berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan

moral masyarakat kesan daripada pengaruh

pemodenan seperti terlukis dalam novelnya

Kemelut (1977) dan Tivi (1995).

UMUM 
1234567

Kembali ke atas