PENGOKSIDAAN | | UMUM | |
ANTIOKSIDAN | Bahan yang menghalang proses pengoksidaan molekul oksigen | PERUBATAN | Proses/Tindak Balas |
MERAH SENDUDUK | Merah senduduk ialah warna ungu pucat atau pewarna ungu yang lembut warnanya. Pada tahun 1856, W.H. Perkin, ahli kimia Inggeris menemui bahawa pengoksidaan anilina dan kalium dikromat menghasilkan pewarna merah senduduk (lihat Pengoksidaan). Warna merah senduduk ialah campuran bahan yang diterbitkan daripada fenazina. Ini merupakan warna sintetik yang pertama yang diperoleh daripada tar batu arang. | UMUM | |
BAHAN ANTIOKSIDAAN POLIMER | Bahan tambah yang dicampur ke dalam bahan lain seperti polimer untuk mengelakkan tindak balas pengoksidaan antara oksigen atmosfera dengan rantai polimer yang boleh menyebabkan berlakunya penurunan bahan polimer. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
OKSIDA | Oksida ialah sebatian kimia yang terdiri daripada oksigen dengan beberapa unsur lain. Oksida biasanya terbentuk apabila unsur teroksida. Contohnya, pembakaran karbon yang ada dalam batu arang atau kayu mengeluarkan karbon dioksida (CO 2 ) dan karbon monoksida (CO). Pembakaran adalah pengoksidaan cepat. Karbon dioksida juga terbentuk melalui proses pengoksidaan perlahan dalam sel haiwan, dan dihembus keluar daripada paru-paru. Pengaratan besi ialah pengoksidaan perlahan. Karat mengandungi ferik oksida (Fe 2 O 3 ). | UMUM | |
OSTWALD, WILHELM | Ostwald, Wilhelm (1853–1932), ahli kimia, penulis, dan guru Jerman, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1909 bagi bidang kimia. Dia menerima anugerah ini terutamanya kerana kajiannya tentang fenomena permukaan dan kelajuan tindak balas kimia. Ostwald menulis sebuah daripada buku awal tentang elektrokimia. Penyelidikannya tentang pengoksidaan ammonia membantu Jerman membuat bahan letupan semasa Perang Dunia I (1914–1915). Ostwald lahir di Riga, Latvia. | UMUM | |