TUGU PERINGATAN NEGARA | Tugu kebangsaan untuk memperingati pengorbanan perajurit negara Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
SUDERMANN, HERMANN | Sudermann, Hermann (1857–1928) ialah penulis drama dan novel Jerman yang dikaitkan dengan pergerakan naturalisme. Novelnya yang terkenal, iaitu Dame Care (1887), menceritakan tentang seorang lelaki muda yang dibebani masalah akibat kegagalan hidup bapanya. Melalui pengorbanan, anaknya mesti menempuh cabaran takdir yang berlaku berulang kali. Regina (1890) merupakan novel sejarah yang memaparkan perjuangan seorang lelaki menentang prasangka. | UMUM | |
HARI PAHLAWAN | Hari Pahlawan, hari memperingati jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan, dan keamanan negara dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945), dan Darurat (1948-1960). | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Perayaan/Upacara |
AZTEK | Aztek ialah Orang Asli Amerika yang memerintah empayar yang besar di Mexico pada tahun 1400-an dan awal tahun 1500-an. Aztek mempunyai salah satu tamadun yang termaju di Amerika. Mereka telah membina kota sebesar kota di Eropah pada masa itu. Agama mereka menuntut pengorbanan manusia. Empayar Aztek telah dimusnahkan oleh penyerang Sepanyol, yang menawannya pada tahun 1521. Tetapi, Aztek meninggalkan kesan yang lama dan kekal terhadap budaya Mexico. | UMUM | |
MAAL HIJRAH | Maal Hijrah ialah tahun baru yang disambut pada 1 Muharam menurut takwim Islam. Takwim Islam bermula daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabatnya dari Makkah ke Yathrib iaitu al-Madinatul al-Munawarrah. Daripada peristiwa tersebut, dapat dihayati nilai pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan perpaduan yang dibentuk oleh masyarakat Islam Muhajirin dan Ansar di Madinah. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. ini membawa kepada kewujudan negara Islam yang pertama, dan berperlembagaan Islam. | UMUM | |
JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA | JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, pusat pengajian dan pengajaran bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu yang tertua di negara ini. Ditubuhkan pada 5 Oktober 1953 di Universiti Malaya Singapura atas kesedaran, desakan dan pengorbanan guru – guru sekolah Melayu. Mereka yang mengusahakan penubuhan jabatan ini telah sanggup menghulurkan sumbangan demi kepentingan kesarjanaan Melayu, walaupun pihak pemerintah Kolonial pada masa itu memandang sepi terhadap penubuhan jabatan ini. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (JPMUM) berpindah ke Kuala Lumpur berikutan dengan penubuhan Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Januari 1959. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
SURAH AL-BURUJ | Surah al-Buruj ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-85 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 28 ayat. Surah ini dinamakan al-Buruj (bintang-bintang) kerana ia dimulai dengan sumpah menggunakan perkataan tersebut. Surah ini mengemukakan tentang hakikat akidah Islam. Perkara pokok yang dibincangkan oleh surah ini ialah mengenai peristiwa Ashab al-Ukhdud, iaitu kisah pengorbanan diri demi mempertahankan akidah dan iman. | UMUM | |