Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngun.dian] | ڤڠوندين

Definisi : perihal (perbuatan, proses, dsb) mengundi, pemilihan dgn cara mengundi: pengumuman keputusan ~ memilih pucuk pimpinan UMNO; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngun.dian] | ڤڠوندين

Definisi : perbuatan (cara dsb) mengundi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undi
Kata Terbitan : mengundi, undian, pengundian, pengundi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUNGUTAN SUARA

Pungutan suara ialah pengundian oleh rakyat

tentang sesuatu persoalan. Pungutan suara

memberi peluang kepada semua pengundi di

sesebuah negara atau wilayah untuk membuang

undi bagi menentukan dasar kerajaan atau

cadangan undang-undang yang baru. Dalam

pungutan suara, pengundi hanya menyokong atau

menentang sesuatu cadangan. Kadangkala

pungutan suara juga dikenali sebagai plebisit .

UMUM 
PLEBISIT

Plebisit ialah pungutan suara rakyat terhadap

sebarang persoalan. Istilah itu kini bermaksud

pengundian para penduduk dalam sesebuah

wilayah untuk memilih negara yang akan

memerintah mereka. Plebisit pertama kali

digunakan pada tahun 1790-an, apabila rakyat Nice

dan Savoy mengundi untuk memilih atau

menentang penyatuan dengan kerajaan Perancis.

UMUM 
MENGUNDI

Mengundi ialah satu cara membuat keputusan

oleh sekelompok rakyat. Di banyak negara, rakyat

mengundi untuk memilih pemimpin mereka dan

untuk memutuskan hal atau isu awam. Orang

ramai juga mengundi untuk membuat keputusan

dalam kumpulan, seperti juri, kesatuan sekerja,

syarikat, dan kelab sosial. Rencana ini

membincangkan pengundian hubungan dengan

isu awam dan pengundian dalam pilihan raya

politik.

UMUM 

Kembali ke atas