Tanjung Harapan ialah sebuah semenanjung di Afrika Selatan. Ia terletak lebih kurang 160 kilometer ke barat laut Tanjung Agulhas, hujung bahagian paling selatan Afrika. Tanjung ini menganjur ke selatan dari Pergunungan Table yang menaungi bandar Cape Town. Penduduk Afrika Selatan menyebut semenanjung ini Cape Peninsula . Hujung bahagian selatan semenanjung ini mereka namai Cape Point. Semenanjung ini membentuk bahagian pinggir barat Teluk False. Tanjung Harapan terkenal dengan pemandangan yang amat indah serta pantai yang cantik. |