Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ni.si.lin] | ڤينيسيلين

Definisi : (pénisilin) antibiotik yg digunakan utk mengubati pneumonia, gonorea, dan in­feksi-infeksi lain yg disebabkan oleh bakteria. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ni.si.lin] | ڤينيسيلين

Definisi : /pénisilin/ antibiotik yg dihasilkan drpd beberapa jenis kulat (disediakan secara sintetik), dan digunakan utk mengubati penyakit tertentu yg disebabkan oleh bakteria. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penisilin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENISILIN UMUM 
DADAH

Dadah ialah salah satu alat profesion perubatan

yang paling berharga. Doktor mempreskripsikan

dadah untuk merawat atau mencegah banyak

penyakit. Setiap tahun, penisilin dan dadah

pembunuh kuman yang lain menyelamatkan nyawa

mangsa meningitis, pneumonia, dan penyakit

berjangkit lain yang berbahaya.

UMUM 
SULFONAMIDA

Sulfonamida ialah sebarang kumpulan sebatian

antibakteria yang berkait secara kimia. Sulfonamida

merupakan ubat pertama yang terbukti selamat dan

berkesan bagi menentang banyak jangkitan bakteria

biasa. Sulfonamida memainkan peranan utama dalam

merawat antibakteria dari akhir tahun 1930-an hingga

pertengahan tahun 1940-an, apabila penisilin dapat

diperoleh dengan banyaknya. Bilangan kematian

yang disebabkan banyak penyakit berjangkit

menurun dengan mendadak disebabkan penemuan

sulfonamida. Ubat-ubatan tersebut membantu

menyelamatkan banyak nyawa semasa Perang Dunia

II (1939–1945). Kini, para doktor menyarankan

penggunaan sulfonamida, khususnya untuk merawat

jangkitan salur kencing.

UMUM 

Kembali ke atas