GEDUNG PENJELASAN | | UMUM | |
RUMAH PENJELASAN | Institusi ekonomi | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
MOTT, SIR NEVILL | Mott, Sir Nevill (1905– 1996), ahli fizik British yang pakar dalam penjelasan fizik mengenai sifat pepejal. Dia berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang fizik pada tahun 1977. Kajian awalnya adalah berkenaan logam dan semikonduktor yang digunakan untuk membuat transistor. Dia juga membuat kajian mengenai mekanisme yang menyebabkan imej pendam (imej yang tidak berkembang sepenuhnya) terbentuk pada filem fotografi. Mott lahir di Liverpool dan mendapat pendidikan di Bristol dan Cambridge. Dia mendapat anugerah kesateria pada tahun 1962. | UMUM | |
SITOLOGI | Sitologi ialah kajian tentang struktur dalaman dan organisasi sel. Kajian mikroskop struktur sel dapat memberi penjelasan tentang proses pembahagian sel, dan menjadi asas kepada kajian genetik (lihat Genetik). Kajian ini juga menunjukkan bahawa setiap struktur mempunyai fungsi tersendiri, dan setiap aktiviti sel berkaitan dengan perubahan pada kandungan kimia yang membentuk sel tersebut. Sitokimia ialah kajian tentang aktiviti bahan kimia di dalam sel. Lihat juga Sel. | UMUM | |
MEKANIK KUANTUM | Mekanik kuantum ialah satu bidang fizik yang menerangkan struktur atom dan pergerakan zarah atom. Ia juga menerangkan bagaimana atom menyerap tenaga dan memancarnya semula sebagai cahaya, dan seterusnya ia juga memberi penjelasan tentang sifat cahaya. | UMUM | |
ASAS AL-BALAGHAH | Asas al-Balaghah ialah nama sebuah kamus perkataan Arab. Ia dikarang oleh al-Zamakhsyari. Nama asal al-Zamakhshari ialah Mahmud ibn Umar. Dia menyusun kamus ini dengan cara yang berbeza berbanding penulis kamus sebelumnya. Perbezaan yang jelas ialah susunan perkataan, penjelasan makna perkataan dan keterangannya mengikut cara konteks. | UMUM | |
ORANG KANAQ | ORANG KANAQ, suku kaun Orang Asli daripada kelompok Melayu Asli atau Melayu Proto yang terdapat di negeri Johor. Istilah ‘kanaq’ diperkenalkan oleh masyarakat ini tanpa sebarang penjelasan maksud. Mereka bertutur dalam dialek Kanaq di kalangan mereka dan menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan orang luar. Sejarah Asal Usul Orang Kanaq dari sebuah pulau di Kepulauan Riau, Indonesia dan dipercayai berhijrah ke Johor lebih kurang dua abad yang lalu. Mereka mengakui Kepulauan Riau merupakan tanah asal mereka dan mendakwa mempunyai saudara-mara di sana. Seramai 150 orang Kanaq dikatakan melarikan diri daripada orang Belanda ketika Belanda menyerang kerajaan Riau. Oleh sebab mereka menjadi hamba kepada Sultan Riau, mereka bersama-sama Sultan Riau melarikan diri ke Tanah Besar dan mendarat di Johor. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |