Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.jual] | ڤنجوال

Definisi : orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg diberi tugas menjual candu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.jual] | ڤنجوال

Definisi : orang yg menjual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjual


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENJUAL BUNGA UMUM 
NOMBOR PIAWAI BUKU ANTARABANGSA

Nombor piawai buku antarabangsa (ISBNInternational

Standard Book Number) ialah

sekumpulan sepuluh nombor untuk mengenal pasti

buku dan penerbitnya. Nombor piawai buku

antarabangsa, dikenali juga sebagai ISBN,

memudahkan proses memesan buku. Penjual buku,

pustakawan, dan lain-lain yang mengendalikan

jumlah buku yang besar boleh menghantar dan

menerima pesanan lebih cepat menggunakan ISBN.

UMUM 
KESEIMBANGAN PASARAN

Keseimbangan pasaran ialah keadaan apabila kuantiti yang diminta oleh pengguna sama dengan kuantiti yang ditawarkan oleh penjual pada suatu tingkat harga yang tertentu. 

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
PERUSAHAAN OTOMOBIL KEDUA (PERODUA)

Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA)

ialah pengeluar kereta nasional yang kedua.

PERODUA ditubuhkan pada tahun 1993. Syarikat

PERODUA mengandungi Perodua sebagai syarikat

induk, Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. sebagai

pengilang dan Perodua Sales Sdn. Bhd. sebagai

syarikat pengedar dan penjual.

UMUM 
THA'ALABIY, ABU MANSUR AL-

Tha‘alabiy, Abu Mansur al- (350–429 H./961–

103 M.), sasterawan, ahli bahasa, pengkritik, dan

pengarang buku ‘ Yatimah al-Dahr’. Dia lahir di

Naisabur. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Malik ibn

Muhammad ibn Isma’il Abu Mansur al-Tha‘alabiy.

Tha‘alabiy seorang penjual pakaian bulu haiwan

dan penjahit kulit musang. Oleh itu, dia digelar al-

Tha‘alabiy sebagai satu sandaran kepada

pekerjaannya.

UMUM 
ANTRAKS

Antraks ialah penyakit berjangkit yang teruk yang

menjangkiti binatang ternakan. Penyakit ini dapat

juga dihidap oleh manusia. Ia berpunca daripada

sejenis bakteria, iaitu Bacillus anthracis. Pada

manusia, penyakit ini lazimnya bermula sebagai

pekung pada kulit. Tetapi kumannya dapat juga

disedut melalui udara dan menjangkiti paru-paru.

Manusia mendapat penyakit ini melalui pendedahan

kepada haiwan yang dijangkiti atau produk haiwan.

Orang yang biasanya dijangkiti penyakit ini ialah

penjual daging, pengembala, orang yang terlibat

dengan kerja memproses benang bulu biri, dan

doktor haiwan. Peraturan yang menetapkan cara

menangani produk binatang berjaya mengurangkan

berlakunya antraks pada manusia.

UMUM 
PEKAN SARI

PEKAN SARI, institusi pasar tradisional masyarakat tani yang diadakan seminggu sekali. Pekan sari juga merupakan institusi ekonomi dan sosial dan sebagai tempat pertemuan penjual dan pembeli.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
MUHAMMAD SIRAJ HAJI MUHAMMAD SALIH

MUHAMMAD SIRAJ HAJI MUHAMMAD SALIH (  ?  -   ?  ), penerbit dan penjual buku Melayu yang terbesar di Singapura pada akhir abad ke-19. Muhammad Siraj berketurunan Jawa dari Rembang. Bapa dan abangnya, Yahya, bergiat dalam bidang perniagaan percetakan sejak tahun 1870-an.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABU NUWAS

Abu Nuwas (129 H.–198 H./747 M.– 814 M.), salah

seorang penyair terkenal pada abad ke-2 H. Nama

sebenarnya ialah al-Hasan ibn Hani’. Dia lahir di

daerah al-Ahwaz, Iraq dan meninggal dunia di

Baghdad. Ibunya juga kelahiran al-Ahwaz. Bapanya

ialah seorang tentera Khalifah Marwan ibn

Muhammad dan dia merupakan penduduk

Damsyik. Abu Nuwas mempunyai dua orang

saudara, iaitu Abu Muhammad dan Abu Mu‘adh.

Ketika bapanya meninggal dunia, Abu Nuwas masih

kecil dan berusia enam tahun. Setelah itu, dia

dibawa oleh ibunya ke Basrah dan menyerahkannya

kepada seorang penjual minyak wangi dan

kemudian menghantarnya belajar di sebuah

sekolah. Di sini dia mula mengenali seorang

penyair yang suka berjenaka bernama Walibah ibn

al-Habbab. Dia mendidik Abu Nuwas sehingga

besar.

UMUM 

Kembali ke atas