ARNHEM LAND | Arnhem Land terletak di penjuru timur laut di Wilayah Utara Australia. Kawasan ini beriklim tropika. Caruk pasang surut mengalir melalui paya bakau dan hutan tebal di dataran pinggir laut yang menganjur dari 30 kilometer hingga 50 kilometer ke pedalaman. Sebuah dataran tinggi setinggi kira-kira 500 meter di atas aras laut di tengah kawasan ini belum diterokai. Untuk lokasi, lihat Wilayah Utara (peta politik). | UMUM | |
SAINT JOHN'S | Saint John’s ialah ibu negara pulau Antigua dan Barbuda. Bandar ini terletak di penjuru barat laut Antigua. Penduduknya berjumlah 36 000 orang, kira-kira separuh penduduk kepulauan tersebut. Pelabuhannya digunakan oleh kapal persiaran dan pengangkutan kargo. Pelabuhan air dalam yang utama mempunyai selat sepanjang 2438 meter dan selebar 91 meter. | UMUM | |
MAKKAH AL-MUKARRAMAH | Makkah al-Mukarramah ialah bandar yang paling terkenal di dunia Islam. Seluruh hati para Muslimin di segenap ceruk penjuru dunia tertumpu padanya. Di sanalah terletak tempat suci Islam seperti Masjidilharam, Kaabah, Mina, Muzdalifah dan Arafah. | UMUM | |
DAYAN, MOSHE | Dayan, Moshe (1915–1981) ialah tentera dan ahli politik Israel berbangsa Yahudi. Dia memimpin tentera Israel dalam peperangan pada tahun 1956. Peperangan tersebut melibatkan serangan tiga penjuru terhadap Mesir dengan kerjasama dari England dan Perancis. Dia juga memainkan peranan penting dalam peperangan “Enam Hari” menentang Mesir, Jordan dan Syria pada bulan Jun 1967. | UMUM | |
BULATAN | Bulatan ialah lengkungan penuh pada permukaan yang rata. Kesemua penjuru lengkungan sama jaraknya dari titik yang terletak dalam lengkungan. Titik ini dikenali sebagai pusat. | UMUM | |
BUKIT GOLAN | Bukit Golan ialah kawasan berbukit-bukau di penjuru barat daya Syria. Cerun baratnya yang curam, menghadap ke Laut Galilee dan Sungai Jordan di Israel. | UMUM | |
SURAH AL-AHZAB | Surah al-Ahzab ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-33 dalam susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 73 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ahzab (pasukan-pasukan tentera yang bergabung) kerana orang musyrikin mengepung orang Islam dari setiap penjuru Madinah. Orang-orang kafir Makkah bergabung dengan Bani Ghatfan, Bani Qurayzah dan golongan penghasut Arab untuk memerangi orang Islam. Akan tetapi, Allah S.W.T. menghalau mereka secara hina. Oleh sebab itu, orang-orang Islam memenangi peperangan tersebut dengan mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang penuh gemilang. | UMUM | |
MUSTA‘SIM BILLAH, AL- | Musta‘sim Billah, al- (609 H.–656 H./1212 M.– 1258 M.), iaitu khalifah kerajaan Abbasiyyah di Baghdad yang terakhir. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah al-Musta‘sim billah ibn Mansur al- Mustansir Billah ibn Muhammad al-Zahir ibn Ahmad al-Nasir. Dia ialah cucu kepada Harun al- Rashid. Dia lahir dan dibesarkan di Baghdad. Dia dilantik sebagai khalifah selepas kewafatan ayahnya pada tahun 640 H./1242 M., ketika bahaya sedang mengancam kerajaan Abbasiyyah dari segenap penjuru. | UMUM | |