Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.sya.rah] | ڤنشرح

Definisi : 1. orang yg memberikan syarahan (ceramah), penceramah; 2. guru di universiti, orang yg memberikan kuliah: saya temui empat orang ~ dan penolong ~ di Jabatan Pengajian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.sya.rah] | ڤنشرح

Definisi : 1 orang yg bersyarah; penceramah. 2 guru di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarah
Kata Terbitan : bersyarah, syarahan, pensyarah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
QARI AL-HARAWIY, AL -

Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah

pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an.

Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah

pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an. Nama

penuhnya Ali ibn Muhammad Abu Hassan al-

Harawiy. Dia lahir di Hirah, kemudian berpindah

dan menetap di Makkah sehinggalah dia

meninggal dunia. Kitab-kitab yang dikarangnya

ialah Marqah al-Mafatih li Mashkah al-Masabih;

Tazkirah al- Mawdua’t; al-Masnu’ fi Ma‘rifah al-

Mawdu‘; Talkhis al-Qamus; Syarh al-Ra’iyyah fi

Rasm al-Mashaf; Syarh al-Risalah al-Qushaiyriyyah;

Anwar al-Qur’an wa Asrar al-Furqan dan

sebagainya.

UMUM 
SNOW, C. P.

Snow, C. P. (1905–1980) ialah lelaki Inggeris yang

mempunyai pelbagai bakat dan paling dikenali

sebagai penulis novel. Dia juga seorang ahli sains,

pegawai kerajaan, dan pensyarah.

UMUM 
AJID CHE KOBAJID CHE KOB (1949-     ), pensyarah bahasa. Dia lahir di Kampung Kelar, Pasir Mas, Kelantan.BAHASAKonsep
IKRANAGARA

IKRANAGARA (1943-  ), penyair dan dramatis Indonesia. Dia lahir pada 19 September 1943 di Negara, Bali, Indonesia. Ikranagara pernah menjadi pensyarah tamu universiti di California dan Hawaii (1973-1974). Sekembalinya ke Indonesia, dia dilantik sebagai pensyarah Institut Kesenian Jakarta. Sejak tahun 1976, dia mengelolakan ruangan kebudayaan “Dialog” dalam akhbar Berita Buana, Jakarta.

SASTERATokoh
J.U. NASUTION

J.U. NASUTION (1930-1981), pengkaji kesusasteraan Indonesia. Dia lahir pada 17 Mac 1930 di Sumatera Utara, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Jahya Udin Nasution. Dia mendapat pendidikan rendah dan menengah di Medan dan melanjutkan pengajian di Fakultas Sastera, Universitas Indonesia hingga mendapat ijazah Sarjana Sastera. Setelah lulus, dia bertugas sebagai pensyarah di universiti tersebut hinggalah dia meninggal dunia. J.U. Nasution juga pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (1971-1975).

SASTERATokoh
SERVETUS, MICHAEL

Servetus, Michael (1511–1553), doktor dan ahli

teologi Sepanyol. Huraiannya tentang peredaran

pulmonari dianggap sebagai satu laluan klasik

dalam ilmu fisiologi. Dia lahir di Tudela, Sepanyol,

dan belajar ilmu perubatan di Paris. Dia menjadi

pensyarah di Paris dan kemudian mengamalkan

bidang perubatan di beberapa bandar di Perancis.

Servetus tidak disukai oleh pihak berkuasa gereja

Katolik Roman dan juga Protestan. John Calvin

secara khususnya, mengecam Servetus kerana

enggan bersetuju dengan doktrin yang telah

diterima umum. Servetus akhirnya dibicarakan,

dituduh sebagai seorang penyeleweng agama,

dan dibakar di sebuah pancang di Champel,

Switzerland .

UMUM 
NYE, BILL

Nye, Bill (1850–1896), penulis satira lucu Amerika

yang popular. Dia menjadi masyhur kerana

kemahiran menulis esei dan anekdot (cerita ringkas)

tentang pelbagai subjek daripada American West

kepada kewartawanan. Nye juga merupakan

pensyarah komik yang berjaya.

UMUM 
AMIS, KINGSLEY

Amis, Kingsley (1922–1995) ialah penulis novel

Inggeris yang terkenal dengan kisah satiranya yang

lucu pintar tentang masyarakat British. Karyanya yang

paling termasyhur ialah novelnya yang pertama,

Lucky Jim (1954). Dalam novel ini, Jim Dixon, seorang

pensyarah universiti yang muda berasa meluat

terhadap kepura-puraan rakan-rakan sekerjanya dan

kerja mereka. Jim menghina pegawai atasannya dan

bereaksi dengan telatah lucu. Akibatnya dia dipecat

dari universiti. Novel-novelnya yang lain termasuk

That Uncertain Feeling (1955), Take a Girl Like You

(1960), One Fat Englishman (1964), The Green Man

(1970), Jake’s Thing (1979), Stanley and the Women

(1984), dan The Old Devils (1986).

UMUM 
BAKRI SIREGAR

BAKRI SIREGAR (1922 -     ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 14 Disember 1922 di Langsa, Aceh, Indonesia. Bakri Siregar pernah bertugas sebagai sidang pengarang akhbar Pendorong dan majalah Arah di Medan. Namun sebagai seorang pakar dalam bidang bahasa dan sastera Indonesia, dia lebih banyak mengajar. Dari tahun 1956 hingga tahun 1957, Bakri mengajar di University of Warsaw, Poland. Dia pernah menjadi pensyarah bahasa Indonesia di Falkutas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Sumatera Utara, Medan (1957 – 1959) di samping mengajar di sekolah swasta. Setelah itu, dia dilantik sebagai pensyarah Sejarah Sastera Indonesia Moden di Universiti Beijing, China (1959 – 1962). Bakri pernah menjadi anggota Pimpinan Pusat Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) (1959 – 1965); Ketua Umum, Lembaga Sastera LEKRA (hingga 1965), dan setelah Gerakan 30 September (GESTAPU) meletus, dia ikut ditahan hingga tahun 1977.

SASTERATokoh
MH. RUSTANDI KARTAKUSUMA

MH. RUSTANDI KARTAKUSUMA (1921-        ), budayawan dan penulis Indonesia.  Dia lahir pada 21 Julai 1921 di Ciamis, Jawa Barat, Indonesi.  Setelah menamatkan Hoogere Burger School (HBS), MH. Rustandi meneruskan pendidikannya di Sekolah Guru Tinggi Islam.  MH. Rustandi pernah mengajar di sekolah menengah dan bertugas sebagai pensyarah di Fakultas Sastra, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta.  Dia juga pernah menjadi pensyarah bahasa dan sastera Indonesia di University of Yale dan Harvard University, Amerika Syarikat.

SASTERATokoh
1234

Kembali ke atas