| EPIGRAM | Epigram ialah puisi lucu ringkas, atau pepatah yang tajam maksudnya. Ciri-ciri pentingnya termasuklah kemampatan, kehalusan, keseimbangan, dan kejelasan. | UMUM | |
| DALE | Dale ialah lembah-lembah indah yang sebahagian besarnya terletak di Yorkshire Utara, England. Yang pentingnya, Dale mendapat nama daripada nama sungai yang mengalir melalui kawasannya termasuk Nidderdale, Ribblesdale, Swaledale dan Wharfedale. | UMUM | |
| ABDULLAH MUNSYI | Abdullah Munsyi (1796–1854), penulis Malaysia. Dia digelar “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden” berdasarkan hasil karya pentingnya Kisah Pelayaran Abdullah (1849). Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abdul Kadir, berketurunan Arab dan India. Dia lahir di Kampung Pali, Melaka dan mendapat gelaran “munsyi” sewaktu mengajar bahasa Melayu kepada askar-askar Kerajaan Inggeris berbangsa India di Melaka. Selain menjadi guru bahasa, Abdullah menjadi guru agama, penterjemah, wartawan, dan jurutulis kepada pemerintah Inggeris. Malah dia pernah diberi kepercayaan untuk memangku tugas Pengetua Anglo-Chinese College apabila pengetua kolej ketika itu pulang ke England. | UMUM | |
| AKIVA BEN JOSEPH | Akiva ben Joseph (50?–135 M.) ialah rabai yang banyak mempengaruhi perkembangan undang-undang Yahudi. Dia menekankan peri pentingnya setiap orang Yahudi mempelajari Torah, iaitu lima buku pertama Bible. | UMUM | |
| SASTERA SUFI | SASTERA SUFI, hasil sastera yang mengandungi unsur sufi. Sejarah awal sastera sufi bermula pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah (660 M – 750 M). Dasar pemerintahan kerajaan ini yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan mementingkan kebendaan menyebabkan segelintir golongan agama yang warak mula mengingatkan semula pentingnya kehidupan kerohanian dan menjauhkan diri daripada kehidupan politik dan kebendaan. Mereka kemudiannya membentuk satu aliran kerohanian yang dikenal sebagai sufi.
| SASTERA | Konsep |
| ASCHAM, ROGER | Ascham, Roger (1515–1568), guru peribadi kepada Puteri Elizabeth. Puteri Elizabeth kemudian Ratu England dikenali sebagai Ratu Elizabeth I. Ascham menjadi pengarang The Schoolmaster (1570). Dalam buku ini, Ascham melahirkan pandangannya tentang pendidikan, berasaskan pengalamannya. Dia menekankan betapa pentingnya pembacaan. Ascham lahir di Kirby Wiske, dekat Northallerton, di Yorkshire Utara. | UMUM | |
| ADAT PERKAHWINAN SUNDA | ADAT PERKAHWINAN SUNDA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Sunda di Jawa Barat, Indonesia. Orang Sunda menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang kudus dan harus membawa kebahagiaan kepada pasangan berkenaan. Dalam budaya mereka terdapat satu ungkapan yang berbunyi ‘geus meujeuhan bemen-bemen jeung kurena’ yang menegaskan peri pentingnya seseorang yang sudah akil baligh dan mempunyai pelajaran untuk berkahwin.
| BUDAYA | Konsep |
| GERAKAN CINTAILAH BAHASA KITA | GERAKAN CINTAILAH BAHASA KITA, kempen bahasa yang dilancarkan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Disember 1987 di Kuala Lumpur. Gerakan Cintailah Bahasa Kita seluruh negara ini dilancarkan dengan tujuan untuk memperkukuh kesedaran rakyat tentang peri pentingnya peranan bahasa kebangsaan dan kecekapan berbahasa kebangsaan dalam pembangunan negara, sejajar dengan perkembangan dalam bidang pendidikan, ilmu pengetahuan dan pentadbiran negara. | BAHASA | Kegiatan |
| SEWANG | SEWANG, upacara amal yang bersifat kolektif yang diadakan oleh suku kaum Orang Asli daripada rumpun Senoi dan Semang sempena dengan sesuatu kejadian atau peristiwa penting dalam masyarakat berkenaan. Sewang berkait rapat dengan kepercayaan animistik suku kaum Senoi dan Semang tentang pentingnya manusia menjalinkan hubungan yang harmonis dengan makhluk ghaib demi menjamin kesejahteraan sosial dan rohaniah ahli masyarakat. Menurut kepercayaan mereka, sungguhpun makhluk ghaib itu boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan manusia, mereka juga dapat menolong manusia. Upacara sewang diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dengan makhluk-makhluk ghaib. Melalui sewang, orang Senoi dan Semang menyatakan yang mereka sentiasa mengingati, menghormati dan berterima kasih kepada makhluk ghaib, khususnya para ‘gunig’, atas bantuan dan perlindungan yang telah diberikan. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
| PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU | PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU, persidangan yang menilai serta mengkaji kedudukan dan perkembangan semasa dalam berbagai-bagai-bagai aspek bidang pengajian Melayu. Persidangan ini berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos 1989 bertempat di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Persidangan yang bertemakan “Melayu: Persoalan Warisan dan Kini”, menyatakan pentingnya kepekaan terhadap kesinambungan perkembangan dunia Melayu dari dahulu hingga kini. | BAHASA | Peristiwa |