GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL (GAPENA) | Gabungan Persatuan Penulis Nasional - persatuan penulis. | SASTERA | Kegiatan |
MORAVIA, ALBERTO | Moravia, Alberto (1907–1990), penulis Itali. Dia mungkin penulis novel dan penulis cerpen Itali yang paling ulung pada tahun 1900-an. Karyanya mempunyai gambaran dan dialog yang realistik, gaya penulisan yang bebas dan jelas serta memberikan pandangan yang tajam mengenai gelagat manusia. Dalam penulisannya, Moravia mengkritik keruntuhan moral di Itali dan menggambarkan watak-watak yang terasing dari masyarakat dan ketandusan emosi. Dia juga menggambarkan seks tanpa cinta yang sia-sia dan perkahwinan sebagai jalan keluar dari penyakit sosial. | UMUM | |
ABDURRAUF SINGKEL | Abdurrauf Singkel (1592–1693), ulama Indonesia yang terkenal. Nama sebenarnya Syekh Aminuddin Abdur Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri. Nama Abdurrauf Singkel diperoleh daripada ‘Abdoerraoef van Singkel’, nama yang digunakan oleh penulis-penulis Barat seperti, D.A. Rinkers. Gelaran lain untuk Abdurrauf ialah Syekh Kuala, Tengku Syekh Kuala, Syiah Kuala, dan Teuku (Tengku) Ciah Kuala. | UMUM | |
ANGELOU, MAYA | Angelou, Maya (1928– ), penulis, penyair, penulis skrip drama, editor, pelakon wanita, pengarah, dan guru Amerika. Dia paling dikenali kerana siri pertama karya autobiografinya, I Know Why the Caged Bird Sings (1970). | UMUM | |
STRACHEY, LYTTON | Strachey, Lytton (1880–1932) ialah penulis biografi, penulis esei, dan pengkritik sastera. Karyanya yang sangat terkenal ialah biografi – Eminent Victorians (1918) dan Queen Victoria (1921). Eminent Victorians ialah sekumpulan lakaran tentang empat orang ternama England pada zaman Victoria – pendidik Thomas Arnold, Jeneral Charles Gordon, Henry Cardinal Manning, dan jururawat Florence Nightingale. Gambaran Strachey yang ringkas tetapi teliti mengadunkan campuran fakta, imaginasi, dan analisis psikologi. | UMUM | |
DIVINE COMEDY | Divine Comedy, sebuah epik puisi panjang yang indah oleh penulis Dante Alighier penulis Itali. Dia mula menulis puisi tersebut pada tahun 1308, selesai hanya sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1321. | UMUM | |
SADE, MARQUIS DE | Sade, Marquis de (1740–1814) ialah penulis novel dan penulis esei Perancis yang kontroversi. Kini, ramai orang menganggap Sade sebagai gila manakala karyanya menjelikkan. Tetapi ada pula yang menganggapnya sebagai seorang penulis yang kadangkala bijak dengan gaya menarik dan meyakinkan. | UMUM | |
SOPHOCLES | Sophocles (lebih kurang tahun 496–tahun 406 S.M.) ialah penulis tragedi yang kedua hebat antara tiga orang penulis tragedi Yunani. Dua lagi penulis tragedi ialah Aeschylus – yang paling awal daripada mereka bertiga – dan Euripides. Tidak seperti Aeschylus, yang lebih suka mempersembahkan trilogi (kumpulan tiga drama yang saling berkait), Sophocles lebih menggemari drama sebabak. | UMUM | |
PERSATUAN PENULIS KELANTAN | | SASTERA | Institusi/Organisasi |
PERKHEMAHAN PENULIS KANAK-KANAK | Kegiatan sastera yang dianjurkan untuk kanak-kanak. | SASTERA | Kegiatan |