AMALIY, AL- | Amaliy, al- ialah sebuah sumber rujukan dan manuskrip klasik. Penulisnya ialah Abu ‘Ali al- Qaliy. Kitab ini merangkumi banyak ilmu sebagaimana yang diterangkan oleh penulis dalam pendahuluan buku yang akan dipaparkan sebahagian daripadanya dalam artikel ini. | UMUM | |
RIP VAN WINKLE | Rip Van Winkle ialah salah satu watak yang paling popular dalam kesusasteraan Amerika Syarikat. Penulisnya, Washington Irving, menulis cerpen terkenal “Rip Van Winkle” tentang watak si tolol yang tidur selama 20 tahun. Cerita ini pertama kali diterbitkan dalam koleksi Irving berjudul The Sketch Book of Geoffrey Crayon, Gent (1819–1820). | UMUM | |
NIBELUNGENLIED | Nibelungenlied ialah puisi epik Jerman yang ditulis kira-kira pada tahun 1200 M. Tajuknya bermakna Lagu Nibelung . Penulisnya tidak diketahui tetapi tidak diragui karya ini berasal dari kawasan Danube di tenggara Jerman atau Austria. Beberapa versi cerita tentang penulis puisi ini masih terdapat hingga kini. | UMUM | |
MU'JAM AL-UDABA' | Mu‘jam al-Udaba’ atau nama yang diberikan oleh penulis Irshad al-Arib ila Ma‘rifah al-Adib. Penulisnya ialah Shihab al-Din ‘Abdullah Yaqut ibn ‘Abdullah al-Rumi, berasal dari Rom dan dibesarkan di Hamawi serta menjadi warga Baghdad. Dia masyhur dengan gelaran Yaqut al- Hamawiy. | UMUM | |
MEPHISTOPHELES | Mephistopheles ialah syaitan dalam legenda Jerman pada seorang ahli sihir bernama Faust. Dalam buku The History of Johann Faust (1587) yang tidak diketahui penulisnya, Faust menjual rohnya kepada Mephistopheles sebagai tukaran untuk mendapatkan perkhidmatan syaitan selama 24 tahun. Nama Mephistopheles mungkin berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud tidak menyukai cahaya atau mungkin juga daripada perkataan Hebrew mephiz (pemusnah) atau tophel (penipu). | UMUM | |
SYAIR BURUNG | SYAIR BURUNG, puisi Melayu Tradisional. Syair Burung mengandungi ajaran Islam. Naskhah syair ini terdapat di Jakarta dan Leiden. Naskhah di Jakarta (Bat. Gen. 61) yang ditulis pada 30 Syawal 1248 H. Menyebut seorang yang bernama Talib, pedagang di Malabar sebagai penulisnya. Naskhah di Leiden (KL. 171) yang ditulis pada tahun 1857 menyebut Raja Hassan, anak Raja Ali dari Pulau Penyengat sebagai penulis. Syair ini pernah dicap batu di Singapura dan Jambi. Naskhah di Jakarta diterbitkan oleh Jumsari Jusuff dan rakan-rakan. | SASTERA | Konsep |
KITAB PEMIMPIN JOHOR | KITAB PEMIMPIN JOHOR, buku yang ditulis oleh Muhammad Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi pada tahun 1871, tetapi tidak dapat disiapkan kerana pertama, penulisnya tidak berpuas hati dengan kandungan buku tersebut sama ada sudah mencukupi dan peraturan-peraturan yang ditulis itu tepat; kedua, banyak pekerjaan jawatankuasa yang perlu dijalankan oleh penulis. Oleh itu, penulis tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap buku ini. | BAHASA | Bahasa |
NIHAYAT AL-ARAB FI FUNUN AL-ADAB | Nihayat al-Arab fi Funun al-Adab adalah ensiklopedia komprehensif sastera yang mengandungi banyak ilmu sezamannya. Ia ditulis oleh Ahmad ibn Abd al-Wahhab al-Nuwayriy al- Misriy (677–733 H./1278–1332 M.). Ensiklopedia yang diterbitkan dalam 18 bahagian ini mengandungi 30 jilid yang berpandukan sumber-sumber yang berbeza. Sesetengah sumber disebut manakala kebanyakannya tidak disebutkan. Kandungan ensiklopedia ini menunjukkan sejauh mana kepentingan mengumpul, mengikat dan membuat analisis ilmu-ilmu umum ke dalam ensiklopedia yang komprehensif. Ia juga menunjukkan perkembangan penulisan dan pembahagian bab. Penulisnya tidak sekadar membahagikan bukunya kepada tajuk-tajuk utama sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang terdahulu. Sebaliknya, dia membahagikannya kepada lima disiplin ilmu dan setiapnya dibahagikan kepada lima bahagian. Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa bab dan fasal. | UMUM | |
SYAIR PERANG MENGKASAR | SYAIR PERANG MENGKASAR , puisi Melayu tradisional. Syair ini juga disebut Syair Sipelman. Syair ini dihasilkan antara bulan Jun 1669 hingga bulan Jun 1670. Syair Perang Mengkasar menceritakan peperangan yang berlaku antara orang Makassar dengan orang Belanda antara tahun 1668 hingga tahun 1669. Syair ini mungkin ialah syair sejarah yang pertama. Penulisnya ialah Encik Amin, seorang peranakan Melayu Makassar yang pernah menjadi jurutulis Sultan Goa. Syair ini juga pernah dijadikan bahan disertasi oleh C. Skinner. | SASTERA | Konsep |
ZAHARAH NAWAWI | ZAHARAH NAWAWI (1940- ), wartawan dan penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1940 di Kampung Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Nama penuhnya ialah Zaharah binti Haji Nawi. Dia menggunakan nama samaran seperti I.M., Iman Murni, Pena Mutiara, Zahni Batu Pahat, Zahni Malaya, Sutera Dewangga dan Julai Isytihar dala penulisnya. | SASTERA | Tokoh |