TITANIC | Titanic ialah kapal penumpang British yang terlanggar sebuah aisberg dan karam di Lautan Altantik Utara pada tahun 1912. Bencana tersebut berlaku semasa pelayaran pertama kapal berkenaan dari Southampton , England ke New York City. Titanic terlanggar sebuah aisberg di sebelah sisinya lebih kurang pada pukul 11.40 malam 14 April. | UMUM | |
STESEN KERETA API KUALA LUMPUR | Tempat... kereta api berhenti dan mengambil penumpang. | KEJURUTERAAN | Kenderaan/Pengangkutan |
SYARIKAT PENERBANGAN | Syarikat penerbangan ialah sebuah organisasi yang mengendalikan pesawat udara yang membawa penumpang dan kargo. Anda boleh membeli tiket penerbangan, mengirim surat, bungkusan, atau kiriman dengan menggunakan kapal terbang milik syarikat penerbangan ke mana-mana tempat di dunia. | UMUM | |
PERAKUAN KESIHATAN | Perakuan kesihatan ialah sijil yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak berkuasa pelabuhan tertentu. Ia memperakukan keadaan kesihatan anak kapal dan penumpang, dan keadaan kebersihan kapal semasa ia hendak belayar. Kapal dikuarantin apabila ada wabak penyakit di atas kapal atau apabila pengasapan diperlukan (lihat Kuarantin). Apabila sesebuah kapal itu tiba di pelabuhan, ia akan dikuarantin sehingga praktik (izin untuk berkomunikasi) telah dibenarkan. Permit praktik percuma mengizinkan kapal untuk masuk tanpa sekatan kuarantin selanjutnya. Praktik sementara menunjukkan syarat yang membolehkan praktik percuma dikeluarkan. | UMUM | |
PERUBATAN AEROANGKASA | Perubatan aeroangkasa ialah bidang sains perubatan yang berkaitan dengan kesan penerbangan terhadap kesihatan manusia. Ia meliputi perubatan penerbangan , penjagaan anak kapal dan penumpang; dan perubatan angkasa , penjagaan angkasawan. Doktor dan ahli sains dalam bidang ini cuba meningkatkan prestasi kerja dan keselamatan, dan juga kesihatan, mereka yang menaiki kapal terbang. | UMUM | |
ANGKATAN LAUT SAUDAGAR | Angkatan laut saudagar atau saudagar marin ialah angkatan laut yang terdiri daripada kapal perdagangan dan kakitangan lelaki dan wanita yang mengendalikannya. Angkatan ini merangkumi kapal kargo dan kapal penumpang. | UMUM | |
TEROWONG SELAT | Terowong Selat ialah rangkaian kereta api bawah laut yang menghubungkan United Kingdom dengan Perancis. Pembinaannya merupakan satu daripada projek kejuruteraan utama dunia pada tahun 1980 dan tahun 1990. Di dalam terowong berkembar itu terdapat terowong landasan kereta api tunggal, yang direka bentuk bagi kereta api elektrik laju. Terowong itu dibina untuk empat jenis kereta api: perkhidmatan ulang-alik penumpang bagi kereta dan bas, perkhidmatan ulang-alik pengangkutan bagi trak, kereta api penumpang berkelajuan tinggi antara bandar, dan kereta api pengangkutan barang. Ada dua stesen bagi kenderaan jalan raya untuk masuk ke terowong kereta api itu, iaitu di Folkestone, England , dan di Calais, Perancis. | UMUM | |
PORTSMOUTH | Portsmouth (pend. 174 700) ialah bandar dan daerah kerajaan tempatan di selatan, England. Untuk lokasinya lihat England (peta politik). Ia adalah pelabuhan Selat Inggeris dan pusat tentera laut yang menyediakan pelbagai kemudahan pelabuhan. Kereta dan feri penumpang bergerak dari Portsmouth ke pelabuhan Perancis, iaitu Kepulauan Channel dan Isle of Wight. Perkhidmatan hoverkraf turut disediakan untuk ke Isle of Wight. | UMUM | |
PERGERAKAN | Pergerakan terjadi apabila sesuatu objek bertukar tempat di dalam ruang. Pergerakan ialah istilah bandingan dan bukannya istilah mutlak. Sesuatu objek berkemungkinan berada dalam pergerakan bagi sesuatu objek lain tetapi berkemungkinan juga pegun bagi objek ketiga. Contohnya, andaikan anda sedang menaiki kereta api dan melewati seseorang yang sedang berdiri di tepi landasan. Orang yang berdiri di tepi landasan akan melihat anda dan penumpang lain di atas kereta api seperti sedang bergerak, tetapi penumpang yang duduk di sebelah anda di dalam kereta api sebenarnya duduk tetap pada pandangan anda. | UMUM | |
BECA | Beca, kenderaan yang mempunyai tiga roda dan dilengkapi dengan satu atau dua tempat duduk penumpang. | KEJURUTERAAN | Kenderaan/Pengangkutan |