SARUNG TANGAN | Sarung tangan ialah penutup perlindungan atau penutup berhias untuk tangan. Sarung tangan mempunyai sarung yang berasingan untuk setiap jari. Perkataan glove berasal daripada perkataan Anglo-Saxon, ‘glof’ yang bermaksud tapak tangan. | UMUM | |
TEBAR LAYAR | Dinding atau penutup bahagian hujung bumbung cerun pada sesebuah bangunan. | KEJURUTERAAN | Alat/Alatan |
PERISAI HABA | Perisai haba ialah penutup pada kon muncung kapal angkasa atau roket. Ia melindungi angkasawan dan peralatan daripada haba yang amat panas yang dikeluarkan semasa penerbangan kelajuan tinggi melalui atmosfera. Pemanasan demikian berlaku apabila kapal angkasa turun dari orbit bumi. Atom dan molekul udara menjana haba melalui geseran terhadap permukaan kapal angkasa. | UMUM | |
KADENS | Kadens ialah irama bunyi atau pergerakan. Dalam muzik, kadens merupakan penutup sebuah irama atau tiun lagu, atau frasa atau pergerakan dalam sesebuah gubahan. | UMUM | |
STUKO | Stuko ialah bahan seperti plaster yang digunakan pada bahagian luar dinding. Ia membentuk penutup perlindungan yang keras. Stuko biasanya terdiri daripada campuran pasir, air, dan simen. Pekerja lazimnya menyapukan tiga lapis dengan menggunakan kulir. Stuko boleh disapu dalam banyak kemasan dan warna. | UMUM | |
PROLAPS INJAP MITRAL | Prolaps injap mitral kadangkala dikenali sebagai MVP, ialah gangguan injap jantung yang lazim berlaku. Injap mitral terletak di antara atrium kiri dan ventrikel kiri jantung. Injap ini mempunyai dua penutup yang mengawal aliran darah. MVP berlaku apabila salah satu atau kedua-dua penutup ini membesar atau mempunyai lebihan tisu. MVP lazimnya tidak berbahaya. Namun, komplikasi yang lebih teruk mungkin berlaku, antaranya darah beku di dalam otak dan suatu jangkitan yang dikenali sebagai infective endocarditis yang melibatkan injap mitral dan injap-injap lain. MVP lebih kerap berlaku pada wanita berbanding lelaki. Lazimnya gangguan ini berlaku disebabkan faktor keturunan. | UMUM | |
SAMPUL SURAT | Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak sebagai pelindung daripada kehilangan atau kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan. Mesin yang pertama berjaya membuat sampul surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898, John Ames Sherman telah mematenkan mesin pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik, mengurangkan kos membuat sampul surat bergam. | UMUM | |
KETAYAP | KETAYAP, penutup kepala orang lelaki yang diperbuat daripada kain atau benang yang dikait (crochet). Ketayap juga disebut kopiah. Biasanya, ketayap berwarna putih. Dalam peradaban Melayu, ketayap sering dikaitkan dengan ibadat haji. Ini disebabkan sejak dahulu lagi ketayap menjadi pakaian mutlak bagi mereka yang bergelar haji. | BUDAYA | Alat/Alatan |
BOTOL | Botol ialah bekas untuk mengisi cecair. Kebanyakan botol dibuat daripada kaca atau plastik. Bahan lain yang digunakan untuk membuat botol ialah tembikar dan logam seperti keluli dan aluminium. Botol mempunyai mulut yang sempit dan luas, yang ditutup dengan gabus, penutup kaca, plastik, atau penutup logam. | UMUM | |
BERKHATAN | BERKHATAN, proses memotong kulit hujung zakar lelaki atau mengupas penutup kelentit perempuan. Berkhatan juga dikenal sebagai bersunat atau masuk jawi. Biasanya berkhatan dilakukan sewaktu seseorang itu kanak-kanak lagi. Proses ini dilakukan dengan tujuan untuk mendedahkan kepada zakar dan kelentit bagi membersihkan segala kotoran pada takuk zakar dan kelentit itu. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |