Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu yg (dipakai utk) meng-akhiri (surat, karangan, ucapan, dll), pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll: Sbg ~, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd hadirin yg sudi datang ke majlis ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : benda yg digunakan utk menudung (melindungi dll) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARUNG TANGAN

Sarung tangan ialah penutup perlindungan

atau penutup berhias untuk tangan. Sarung tangan

mempunyai sarung yang berasingan untuk setiap

jari. Perkataan glove berasal daripada perkataan

Anglo-Saxon, ‘glof’ yang bermaksud tapak tangan.

UMUM 
TEBAR LAYARDinding atau penutup bahagian hujung bumbung cerun pada sesebuah bangunan.KEJURUTERAANAlat/Alatan
PERISAI HABA

Perisai haba ialah penutup pada kon muncung

kapal angkasa atau roket. Ia melindungi

angkasawan dan peralatan daripada haba yang

amat panas yang dikeluarkan semasa penerbangan

kelajuan tinggi melalui atmosfera. Pemanasan

demikian berlaku apabila kapal angkasa turun dari

orbit bumi. Atom dan molekul udara menjana haba

melalui geseran terhadap permukaan kapal

angkasa.

UMUM 
KADENS

Kadens ialah irama bunyi atau pergerakan. Dalam

muzik, kadens merupakan penutup sebuah irama

atau tiun lagu, atau frasa atau pergerakan dalam

sesebuah gubahan.

UMUM 
STUKO

Stuko ialah bahan seperti plaster yang digunakan

pada bahagian luar dinding. Ia membentuk

penutup perlindungan yang keras. Stuko biasanya

terdiri daripada campuran pasir, air, dan simen.

Pekerja lazimnya menyapukan tiga lapis dengan

menggunakan kulir. Stuko boleh disapu dalam

banyak kemasan dan warna.

UMUM 
PROLAPS INJAP MITRAL

Prolaps injap mitral kadangkala dikenali sebagai

MVP, ialah gangguan injap jantung yang lazim

berlaku. Injap mitral terletak di antara atrium kiri dan

ventrikel kiri jantung. Injap ini mempunyai dua

penutup yang mengawal aliran darah. MVP berlaku

apabila salah satu atau kedua-dua penutup ini

membesar atau mempunyai lebihan tisu. MVP

lazimnya tidak berbahaya. Namun, komplikasi yang

lebih teruk mungkin berlaku, antaranya darah beku di

dalam otak dan suatu jangkitan yang dikenali sebagai

infective endocarditis yang melibatkan injap mitral

dan injap-injap lain. MVP lebih kerap berlaku pada

wanita berbanding lelaki. Lazimnya gangguan ini

berlaku disebabkan faktor keturunan.

UMUM 
SAMPUL SURAT

Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia

berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan

kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak

sebagai pelindung daripada kehilangan atau

kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian

kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu

sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam

supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat

atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang

berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak

perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan.

Mesin yang pertama berjaya membuat sampul

surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park

dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898,

John Ames Sherman telah mematenkan mesin

pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik,

mengurangkan kos membuat sampul surat bergam.

UMUM 
KETAYAPKETAYAP, penutup kepala orang lelaki yang diperbuat daripada kain atau benang yang dikait (crochet). Ketayap juga disebut kopiah. Biasanya, ketayap berwarna putih. Dalam peradaban Melayu, ketayap sering dikaitkan dengan ibadat haji. Ini disebabkan sejak dahulu lagi ketayap menjadi pakaian mutlak bagi mereka yang bergelar haji.BUDAYAAlat/Alatan
BOTOL

Botol ialah bekas untuk mengisi cecair.

Kebanyakan botol dibuat daripada kaca atau

plastik. Bahan lain yang digunakan untuk membuat

botol ialah tembikar dan logam seperti keluli dan

aluminium. Botol mempunyai mulut yang sempit

dan luas, yang ditutup dengan gabus, penutup

kaca, plastik, atau penutup logam.

UMUM 
BERKHATAN

BERKHATAN,  proses memotong kulit hujung zakar lelaki atau mengupas penutup kelentit perempuan.  Berkhatan juga dikenal sebagai bersunat atau masuk jawi.  Biasanya berkhatan dilakukan sewaktu seseorang itu kanak-kanak lagi.  Proses ini dilakukan dengan tujuan untuk mendedahkan kepada zakar dan kelentit bagi membersihkan segala kotoran pada takuk zakar dan kelentit itu.

BUDAYAPerayaan/Upacara
12

Kembali ke atas