PENYALIN MANUSKRIP | PENYALIN MANUSKRIP, orang perseorangan yang menyalin teks hasil kesusasteraan tradisional. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional. Jarang sekali kita mengetahui nama pengarang kerana konvensyen sastera zaman dahulu tidak menggalakkan seseorang mencatatkan namanya pada karya yang dihasilkan. Sesebuah hasil kesusasteraan juga dianggap sebagai karya bersama seluruh masyarakat dan pengarang seolah-olah tidak berhak meletakkan namanya. Tidak meletakkan nama pada sesebuah karya juga merupakan amalan dalam perkembangan sastera lisan yakni seseorang dapat menambah dan mengurangkan bahan cerita sesuka hatinya kerana cerita itu dianggap hak bersama. | SASTERA | Kegiatan |
PUSAT PENYALINAN MANUSKRIP | PUSAT PENYALIN MANUSKRIP, tempat penyalinan teks sastera tradisional. Semenjak masyarakat Melayu menguasai tulisan Jawi pada sekitar abad ke-16, istana raja selain menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran, turut menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran, turut menjadi pusat aktiviti keilmiahan seperti menjadi pusat pengajian keagamaan, tempat perbincangan masalah agama, tempat pengaduan dan pengadilan. Istana juga menjadi tempat berkumpulnya orang yang tahu membaca menulis sehingga ada di kalangan mereka yang dilantik sebagai pujangga istana. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
XEROX CORPORATION | Xerox Corporation ialah firma Amerika Syarikat yang terkemuka, dan salah sebuah pertubuhan industri yang terbesar di dunia. Firma ini menghasilkan mesin penyalin automatik yang pertama dalam membuat salinan kering daripada bahan bercetak atau bahan bertulis di atas kertas biasa. | UMUM | |
AHMAD RIJALUDDIN | AHMAD RIJALUDDIN (1780-1811), penyalin manuskrip Melayu. Nama penuhnya ialah Ahmad Rijaluddin bin Hakim Long Fakir Kandu. | SASTERA | Konsep |
MUHAMMAD BAKIR | MUHAMMAD BAKIR ( ? - ? ), penyalin manuskrip Jawa. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Nama sebenarnya ialah Muhammad Bakir bin Syafian bin Usman bin Fadhil atau al-Fadli. Muhammad Bakir adalah seorang penyalin manuskrip Melayu yang sangat prolifik pada abad ke-19. Dia mungkin berketurunan Melayu, Jawa atau Cina peranakan. Dia mungkin memulakan aktiviti menyalin pada tahun 1884 kerana tahun inilah yang terawal ditemui tercatat pada manuskrip salinannya. | SASTERA | Tokoh |