LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA) | Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan berkanun yang terletak di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority. | UMUM | Umum |
PERSENYAWAAN | Persenyawaan ialah proses penyatuan sel seks jantan dan betina untuk membentuk individu baru. Ia adalah langkah pertama dalam pembiakan seks. Sistem pembiakan jantan mengeluarkan sel seks yang disebut spermatozoa , atau sperma . Sistem pembiakan betina mengeluarkan sel seks yang disebut telur . Telur yang tersenyawa, yang terhasil daripada penyatuan sperma dan telur, dikenali sebagai zigot . Apabila zigot membesar lagi, ia menjadi embrio . Rencana ini membincangkan persenyawaan di kalangan haiwan. Untuk maklumat tentang persenyawaan di kalangan tumbuhan, lihat Tumbuhan (Bagaimana tumbuhan membiak). | UMUM | |
EJAAN DAN TULISAN MELINDO | EJAAN DAN TULISAN MELINDO, sistem ejaan Rumi yang dipersetujui bersama untuk digunakan di Persekutuan Tanah Melayu dan di Republik Indonesia. Proses penyatuan ejaan tersebut bermula apabila perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia ditandatangani pada 17 April 1959.
| BAHASA | Bahasa |
FELCRA | FELCRA, agensi berkanun. FELCRA ialah singkatan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan). FELCRA ditubuhkan di abwah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. Pada peringkat awal, FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Kini FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Khidmat FELCRA disalurkan melalui rangkaian pejabat dan tapak rancangan di seluruh negara. Dasar atau pengawasan dan pelaksanaan FELCRA dirangka oleh Lembaga Pengurus. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
AMAZON | Amazon ialah bangsa bagi sekumpulan wanita yang suka berperang dalam mitos Yunani. Mereka tinggal di sebuah kawasan di Asia Kecil yang dikenali sebagai Cappadocia. Mereka hanya bertemu dengan lelaki di medan perang dan ketika satu upacara penyatuan seks dengan orang Gorgarensia yang berjiran dengan mereka. Amazon membunuh semua anak lelaki yang lahir hasil daripada penyatuan ini, tetapi memelihara anak-anak perempuan mereka dan melatih mereka dalam seni peperangan. | UMUM | |
EMBRIO | Embrio ialah haiwan atau tumbuhan pada peringkat awal perkembangannya. Embrio terbentuk daripada pembiakan seks apabila sel sperma jantan bersatu dengan sel telur betina atau ovum. Penyatuan ini dinamakan persenyawaan. | UMUM | |
MURABITUN, KERAJAAN | Murabitun, Kerajaan merupakan satu daripada kerajaan Islam yang muncul dalam lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H. bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al- Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah. bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun, penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana berjaya menguasai beberapa bahagian di padang pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Barbar dan Arab. | UMUM | |
TEILHARD DE CHARDIN, PIERRE | Teilhard de Chardin, Pierre (1881–1955) ialah ahli paleontologi (pakar dalam fosil) Perancis. Dia membantu menemui manusia Peking, salah satu jenis manusia terawal. Walau bagaimanapun, kemasyhuran Teilhard yang utama terletak pada teorinya tentang penyatuan evolusi kosmos dan agama Kristian. | UMUM | |
KOHL, HELMUT | Kohl, Helmut (1930– ), canselor Jerman. Dia berkhidmat sebagai canselor Jerman Barat dari tahun 1982 hingga tahun 1990. Dia kekal sebagai canselor negara Jerman bersatu berikutan penyatuan kedua-dua negara Jerman pada 3 Oktober 1990. Sejak tahun 1949, Jerman terbahagi kepada dua – Jerman Barat dan Jerman Timur. | UMUM | |
PLEBISIT | Plebisit ialah pungutan suara rakyat terhadap sebarang persoalan. Istilah itu kini bermaksud pengundian para penduduk dalam sesebuah wilayah untuk memilih negara yang akan memerintah mereka. Plebisit pertama kali digunakan pada tahun 1790-an, apabila rakyat Nice dan Savoy mengundi untuk memilih atau menentang penyatuan dengan kerajaan Perancis. | UMUM | |