SURUHANJAYA PASIFIK SELATAN | Suruhanjaya Pasifik Selatan ialah pertubuhan antarabangsa yang memberi bantuan khidmat nasihat teknikal, latihan, dan penyebaran maklumat dalam bidang sosial, ekonomi, dan kebudayaan kepada 22 buah pentadbiran kerajaan. Negara-negara ini terdiri daripada Samoa Amerika, Kepulauan Cook, Persekutuan Negeri Micronesia, Fiji, Polinesia Perancis, Guam, Kiribati, Kepulauan Marshall, Nauru, New Caledonia, Niue, Kepulauan Mariana Utara, Palau, Papua New Guinea, Kepulauan Pitcairn, Kepulauan Solomon, Tokelau, Tonga, Tuvalu, Vanuatu, Wallis dan Futuna, dan Samoa Barat. | UMUM | |
SANGER, MARGARET | Sanger, Margaret (1883–1966) ialah pemimpin wanita gerakan kawalan kelahiran di Amerika Syarikat dalam awal tahun 1900-an. Pada waktu itu penyebaran maklumat atau alat kawalan kelahiran di Amerika Syarikat adalah menyalahi undang-undang. Sanger percaya bahawa orang perempuan sepatutnya mempunyai persamaan ekonomi dan sosial dengan orang lelaki. Untuk mencapai persamaan tersebut, dia berpendapat bahawa orang perempuan perlu mengelakkan kehamilan yang tidak dikehendaki. Sanger menubuhkan pertubuhan yang kemudiannya menjadi Persekutuan Keibubapaan Terancang Amerika (Planned Parenthood Federation of America), iaitu organisasi kawalan kelahiran yang utama di Amerika. Sanger mencipta istilah kawalan kelahiran yang dahulunya diken ali sebagai keibuan sukarela . | UMUM | |
SISTEM PENYIARAN MALAYSIA | SISTEM PENYIARAN MALAYSIA, sistem penyebaran maklumat di Malaysia. Sistem penyiaran di Malaysia mengambil kira faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi telekomunikasi dan penyiaran. Sejarah menunjukkan bahawa bidang penyiaran di Malaysia bermula dengan radio wayarles yang diterokai dan dipengaruhi British pada dekad 1920-an. Bermula sebagai hobi di kalangan peminat radio amatur British dan sekumpulan rakyat tempatan, akhirnya menjadi suatu industri yang berkembang pesat selari dengan kehendak pasaran serta evolusi teknologi komunikasi mutakhir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PENGKOMPUTERAN BAHASA | PENGKOMPUTERAN BAHASA, proses menggunakan komputer untuk penyelidikan, pengajaran dan penyebaran bahasa. Pengkomputeran bahasa atau pemprosesan bahasa ialah istilah yang digunakan untuk menamakan secara umum semua proses yang menggunakan komputer bagi semua perkara yang berkait dengan bahasa, sama ada untuk penyelidikan bahasa itu sendiri secara in situ ataupun untuk tujuan menggunakannya sebagai alat. Dalam penyelidikan bahasa misalnya, komputer dapat digunakan untuk menimba maklumat-maklumat linguistik seperti maklumat morfologi, sintaksis dan sebagainya. Contohnya komputer boleh digunakan dalam sistem penterjemahan berkomputer, sistem kajian penulisan berkomputer dan sistem kamus elektronik. | BAHASA | Sistem |