Perayaan Saint Nicholas ialah pesta kanak- kanak yang dirayakan pada 6 Disember, iaitu hari jamuan Saint Nicholas. Santo ini menjadi biskop di Asia Kecil pada tahun 300-an M. Dia menjadi santo penaung kepada kanak-kanak semenjak Zaman Pertengahan. Perayaan ini dirayakan terutamanya di Eropah. Di setengah-setengah negara, kanak-kanak mengisi kasut mereka dengan jerami dan lobak merah untuk kuda Saint. Nicholas pada malam hari 5 Disember. Keesokan paginya mereka mendapati jerami dan lobak merah tadi telah digantikan dengan mainan- mainan kecil dan biskut. Namun begitu jika kanak- kanak itu nakal, dia akan menerima rotan penyebat. |