PERAKAUNAN | Perakaunan ialah penyediaan dan analisis rekod kewangan bagi syarikat swasta, kerajaan atau organisasi lain. Perakaunan membolehkan tafsiran maklumat kewangan dan hasilnya digunakan untuk perancangan masa depan. Contohnya, data-datanya dapat menunjukkan kepada eksekutif, produk atau jabatan yang berprestasi baik atau tidak baik. | UMUM | |
EMULSI | Emulsi ialah penyediaan satu cecair yang terbaur dengan sekata dalam cecair lain. | UMUM | |
PROSTETIK | Prostetik ialah cabang dari bidang perubatan yang menangani penyediaan bahagian palsu untuk tubuh. Bahagian palsu yang dikenali sebagai prostesis , menggantikan sesuatu bahagian tubuh yang hilang disebabkan oleh kecederaan, penyakit atau kecacatan sejak lahir. Prostesis memenuhi satu atau lebih daripada tiga tujuan asasnya: (1) Sedapat mungkin meniru fungsi bahagian yang hilang. (2) Menjadi struktur sokong bagi tisu yang masih ada, dan (3) Menambah baik rupa seseorang. Set gigi palsu ialah suatu contoh prostesis yang memenuhi ketiga-tiga tujuan di atas. | UMUM | |
MONOSODIUM GLUTAMAT (MSG) | Monosodium glutamat (MSG) ialah garam yang digunakan dalam penyediaan dan pemprosesan banyak makanan. Ia sendiri mempunyai sedikit rasa, tetapi ia memperbaikkan rasa makanan seperti daging, makanan laut, sup dan sayur-sayuran. Monosodium glutamat ialah bahan berhablur berwarna putih yang terbentuk apabila natrium dicampurkan kepada asid amino yang dinamakan asid glutamik (lihat Asid amino). | UMUM | |
AHLI DIET | Ahli diet ialah orang yang merancang menu dan menyelia penyediaan makanan. Lihat Diet; Pemakanan. | UMUM | |
KOMUNIKASI | Komunikasi ialah perkongsian maklumat atau penyediaan hiburan melalui pertuturan, penulisan atau kaedah-kaedah lain. Jenis komunikasi yang terpenting kemungkinannya ialah komunikasi peribadi, yang berlaku apabila seseorang menyampaikan fikiran dan keinginan mereka kepada orang lain. Manusia berkomunikasi melalui banyak cara, termasuk melalui pertuturan, dengan mengerakkan tangan, malah dengan membuat mimik muka. Manusia juga menggunakan telefon dan surat untuk berkomunikasi. Tanpa komunikasi peribadi, ibu bapa tidak akan tahu keperluan anak-anak mereka. Guru tidak dapat membantu murid mereka belajar. Kawan tidak dapat merancang bersama-sama. Manusia tidak dapat berkongsi ilmu pengetahuan. Setiap orang perlu belajar sendiri segala-galanya. Sebenarnya, manusia berkemungkinan tidak dapat bertahan lebih lama. | UMUM | |
SYARIKAT | Syarikat ialah perusahaan perniagaan tempat manusia bekerja bersama-sama untuk tujuan pengilangan, pembelian, atau tempat penjualan barangan, atau tempat penyediaan perkhidmatan. Hampir di kesemua negara, ada akta syarikat, undang-undang yang mengawal syarikat untuk memastikannya menjalankan perniagaan dengan cara yang betul. Umumnya, akta syarikat mendorong manusia yang mahu memulakan syarikat membuat permohonan formal. Jika permohonan diterima, syarikat akan didaftarkan di pejabat kerajaan. | UMUM | |
ETANA | Etana ialah gas perindustrian yang penting. Ia diperoleh secara langsung daripada gas asli atau melalui penapisan petroleum. Kegunaannya yang paling penting adalah dalam penyediaan etilena. | UMUM | |
DIET REMAJA | Diet remaja ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan remaja. | PEMAKANAN | Kaedah |
DIET BAYI | Diet bayi ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan yang penting untuk bayi. | PEMAKANAN | Kaedah |