PENYEJATAN | | UMUM | |
PEMINDAHAN JISIM | Operasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
TASIK GEORGE | Tasik George, terletak di New South Wales, Australia iaitu 32 kilometer di timur laut Canberra. Tasik ini terletak kira-kira 600 meter di atas aras laut. Apabila tasik tersebut dipenuhi air, panjangnya kira-kira 25 kilometer dan lebarnya 10 kilometer dan meliputi suatu kawasan yang seluas 96 kilometer persegi. Tasik tersebut menjadi kering dari semasa ke semasa. Ketika paras hujan tinggi dan penyejatan rendah, Tasik George dipenuhi ikan dan boleh digunakan untuk perlumbaan bot. Pada ketika lain, tebingnya merupakan dataran berumput yang boleh dibajak untuk bercucuk tanam. Untuk lokasinya, lihat New South Wales (peta). | UMUM | |
SUNGKUP | Sungkup adalah mana-mana bahan yang ditabur di atas tanah supaya udara boleh lalu, tetapi air dalam tanah tidak boleh menyejat. Sungkup boleh terdiri daripada baja asli, jerami, rumput kering, clover, sekam, alfalfa, tongkol jagung, daun, habuk gergaji, serpai kayu dan banyak lagi bahan lain. Ia biasanya ditabur kira-kira lima sentimeter hingga lapan sentimeter tebalnya. Ia membantu menyimpan air dalam tanah dengan mengurangkan penyejatan, dan ia juga mereput dan memperkaya tanah. Ia juga mengurangkan rumpai yang hidup bersaing dengan tanaman. Sungkup berharga kepada pekebun di rumah, tetapi ia biasanya lebih mahal daripada baja komersial. | UMUM | |
BORON | Boron ialah unsur kimia dengan simbol B. Ia adalah unsur bukan logam yang terlampau keras. Boron tersebar agak sekata dalam amaun yang kecil di seluruh permukaan bumi. Sumber utama boron dan sebatian boron ialah longgokan mineral yang terhasil daripada penyejatan tasik dan kumpulan air yang lain. Longgokan utama mineral boron terdapat di Kazakhstan, Turki, Amerika Syarikat, dan dari Peru ke Argentina di Amerika Selatan. | UMUM | |