PENYELAMAT LUNCUR AIR | | UMUM | |
BOT PENYELAMAT | Bot penyelamat ialah kapal yang membawa bot penyelamat untuk menempatkan penumpang dan anak kapal ketika bencana. | UMUM | |
MESSIAH | Messiah ialah orang yang dipercayai akan bertindak sebagai penyelamat atau pembebas oleh para pengikutnya. Perkataan messiah sebagaimana yang terdapat dalam Bible, berasal daripada perkataan Ibrani yang bererti seseorang yang dilumuri . | UMUM | |
KLORAMFENIKOL | Kloramfenikol ialah sejenis antibiotik yang pada suatu masa dahulu digunakan untuk merawat banyak jenis penyakit berjangkit. Ia terbukti sebagai penyelamat bagi jangkitan yang serius seperti meningitis, demam kepialu, demam paratifoid, dan tifus. | UMUM | |
PERTAHANAN AWAM | Pertahanan awam juga dikenali sebagai perlindungan awam , ialah program yang dibiayai oleh kerajaan, untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda jika musuh menyerang sesebuah negara ketika perang. Ia juga menyediakan pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan untuk orang ramai yang menderita akibat bencana alam seperti banjir, angin ribut, gempa bumi, gunung berapi, kebakaran, dan letupan. Pertubuhan pertahanan awam juga merangka rancangan untuk mengurangkan kesan buruk yang disebabkan oleh kejadian pemberontakan seperti pengeboman dan pencemaran yang teruk atau kemalangan nuklear. | UMUM | |
RESUSITASI KARDIOPULMONARI | Resusitasi kardiopulmonari (CPR-Cardiopulmonary Resuscitation) ialah prosedur pertolongan cemas yang digunakan untuk memulihkan pernafasan dan pengaliran darah seseorang. CPR biasanya diberi kepada mangsa serangan jantung yang teruk atau mangsa kemalangan yang serius. Untuk membolehkan mangsa terus hidup, penyelamat mesti memulakan CPR dalam masa empat minit selepas pernafasan dan denyutan jantung mangsa terhenti. Hanya mereka yang betul-betul terlatih melaksanakan CPR patut melakukan prosedur ini. | UMUM | |
AGAMA KRISTIAN | Agama Kristian ialah agama yang berdasarkan kehidupan dan ajaran Jesus. Kebanyakan pengikut agama Kristian ialah ahli-ahli salah satu daripada tiga kumpulan utama – Roman Katolik, Protestan dan Ortodoks Timur. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang Jesus dan ajarannya, tetapi semua penganut Kristian menganggap Jesus sebagai asas agama mereka. Kebanyakan penganut Kristian percaya bahawa tuhan diturunkan ke dunia sebagai Penyelamat. Agama Kristian mengajar bahawa manusia boleh diselamatkan melalui Jesus. | UMUM | |
SHACKLETON, SIR ERNEST HENRY | Shackleton, Sir Ernest Henry (1874–1922), penjelajah Ireland yang mengetuai satu ekspedisi British dari Laut Ross dalam kawasan 180 kilometer ke kutub geografi selatan pada tahun 1908 (lihat Antartika [Penjelajahan awal]). Pada tahun 1914, dia mengetuai satu ekspedisi ke Laut Weddell. Di sana kapalnya, Endurance , karam setelah terlanggar ketulan ais. Kumpulannya menyelamatkan diri dengan menaiki bot ke Pulau Elephant. Kemudian Shackleton dan empat temannya meneruskan perjalanan ke Pulau Georgia Selatan menggunakan bot dan menyeberangi rabung pergunungan pulau itu untuk mendapatkan bantuan penyelamat. Hasilnya, seluruh pasukannya berjaya diselamatkan. Shackleton lahir di Kaunti Kildare. | UMUM | |