Misi Pedalaman Australia ialah organisasi yang menyediakan bantuan kepada penduduk di kawasan pedalaman Australia. Misi Pedalaman Australia ini ditubuhkan oleh Gereja Presbyterian pada tahun 1912, selepas suatu laporan tentang kawasan pedalaman dibuat oleh salah seorang paderinya, John Flynn. Flynn kemudian menjadi penyelenggara dan pengawas kerja misi ini. Paderi rondaan pedalaman yang pertama – Robert Bruce Ploughman di Australia Selatan dan William James Stephens di Australia Barat –memulakan kerja mereka pada tahun 1913. Pada tahun 1928, misi ini menubuhkan Perkhidmatan Perubatan Udara. Pada tahun berikutnya, peti wayarles berpedal yang pertama dipasang di Augustus Downs, di utara Queensland. Pada tahun 1939, Perkhidmatan Perubatan Udara itu menjadi Perkhidmatan Doktor Terbang. |