Anabaptis merupakan bentuk sayap radikal Reformasi tahun 1500-an. Mereka percaya bahawa gereja merupakan perkumpulan manusia yang disatukan oleh kepercayaan, penyesalan, ketaatan, dan disiplin. Oleh itu, pembaptisan sebagai pembukaan kepada komuniti ini harus dibataskan kepada pengikut yang sudah cukup matang untuk memilih menjadi ahli. Orang menamakan mereka anabaptis ( pembaptis semula ) kerana mereka membaptis orang dewasa yang telah dibaptis semasa bayi. Anabaptis mengutuk penglibatan kerajaan dalam agama, yang akhirnya mencetuskan idea pemisahan gereja dan negeri. |