RICE, TIM | Rice, Tim (1944– ), penulis dan penyiar British, menjadi terkenal dengan usahasamanya bersama Andrew Lloyd Webber yang menghasilkan lakon muzikal Joseph and the Amazing Technicolour Dreamcoat (1968), Jesus Christ, Superstar (1970), dan Evita ! (1976). | UMUM | |
ABRAHAMS, HAROLD MAURICE | Abrahams, Harold Maurice (1899–1978), memegang rekod lompat jauh tempatan Inggeris selama 32 tahun dengan lompatannya sejauh 7.378 meter, yang dibuat pada tahun 1924. Sebulan kemudian, dia memenangi perlumbaan larian 100 meter di Paris, dalam masa yang menyamai rekod 10.6 saat. Abrahams lahir di Bedford dan menuntut di Cambridge University. Pada tahun 1924, dia memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai penyiar, wartawan, ahli statistik, dan kemudian pentadbir atletik. | UMUM | |
PULAU MIDWAY | Pulau Midway terletak 2090 kilometer ke barat laut Honolulu di Lautan Pasifik. Pulau ini terdiri daripada dua buah pulau di atol yang berukuran diameter 10 kilometer. Luas kawasannya ialah lima kilometer persegi dan panjang pesisir pantainya kira-kira 30 kilometer. Midway mempunyai penduduk seramai 470 orang. Amerika Syarikat menjumpai Pulau Midway pada tahun 1859 dan mengilhakkannya pada tahun 1867. Beberapa buah syarikat Amerika Syarikat membina satu stesen kabel penyiar pada tahun 1903 dan lapangan terbang pada tahun 1935. Kepulauan tersebut dikawal oleh Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat. | UMUM | |