PENYINGKIRAN PRIDE | | UMUM | |
BUANGAN | Buangan ialah penyingkiran dari tanah air sendiri. Orang yang dihukum dengan hukuman buang negeri disebut sebagai orang buangan. | UMUM | |
RESPIRASI | Respirasi ialah proses bagi manusia dan lain-lain benda hidup mendapatkan dan menggunakan oksigen. Kecuali mikroorganisma tertentu, semua benda hidup memerlukan oksigen untuk hidup. Respirasi juga melibatkan penyingkiran karbon dioksida, iaitu gas yang dikeluarkan apabila sel menggunakan oksigen. | UMUM | |
PEMINDAHAN JISIM | Operasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |