MAO DUN | Mao Dun (1896–1981) ialah penyunting dan penulis Cina. Ramai pengkritik menganggap Mao Dun sebagai seorang novelis realis yang sangat dikagumi. | UMUM | |
BAHRUM RANGKUTI | BAHRUM RANGKUTI (1919-1977), penulis dan penterjemah Indonesia. Dia lahir pada 7 Ogos 1919 di Tigor, Galang, Sumatera Timur, Indonesia. Nama penuhnya ialah Haji Laksamana Bahrum Rangkuti. Ayahnya bekerja sebagai penyunting buku di sebuah penerbit swasta dan ibunya pula sering memberikan tumpuan pada masalah-masalah agama Islam serta tertarik pada ilmu tasawuf. | SASTERA | Tokoh |
SABDA S | SABDA S (1949 - ), penulis. Dia lahir pada 21 Mac 1949 di Sungai Bunyi, Pontian, Johor. Nama sebenarnya ialah Sujaidi bin Dasuki. Sabda S juga menggunakan nama pena Muhammad Hafiz Rahmatullah dan hadi Junaidi. Sabda S menerima pendidikan di Kolej Islam Kelang dan Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya. Dia pernah menjadi wartawan (penyunting) dan utusan Melayu (Malaysia) Berhad, pegawai akhbar di Kementerian Pertanian Malaysia dan pegawai penerbit di Pusat Daya Pengeluaran Negara, Kuala Lumpur. | SASTERA | Tokoh |
NORHISHAM MUSTAFA | NORHISHAM MUSTAFA (1950 - ), penulis. Dia lahir pada 28 Mei 1950 di Kampung Bakat, Gual Periuk, Pasir Mas, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Lemal dan kemudian menyambung pengajiannya di Maktab Pengajian Islam, Kota Bharu. Dia pernah bertugas sebagai penyunting Mingguan Kota Bharu sebelum menjadi penulis sepenuh masa. | SASTERA | Tokoh |