| PEOPLE'S ACTION PARTY (PAP) | parti politik (Parti yang menguasai kerajaan Singapura) | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| INTERNATIONAL BOARD ON BOOKS FOR YOUNG PEOPLE (IBBY) | International Board on Books for Young People (IBBY), sebuah persatuan antarabangsa. Persatuan ini dianggotai oleh karyawan sastera kanak-kanak dan remaja dari negara yang mempunyai program penerbitan serta program gerakan membaca untuk kanak-kanak dan remaja. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
| MIRABEAU, COMTE DE | Mirabeau, Comte de (1749–1791) ialah negarawan, pemidato, dan pemimpin revolusi Perancis. Dia digelar “the tribune of the people”. Mirabeau selalu berhutang dan hidupnya tidak teratur. Namun begitu, dia menjadi salah seorang pemimpin di Perancis kerana kepandaiannya berpidato. Dia menjadi musuh utama kepada golongan istana. | UMUM | |
| MPAJA | MPAJA ialah pasukan tentera gerila di bawah Parti Komunis Malaya (PKM) semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ia adalah singkatan bagi Malayan People’s Anti-Japanese Army. Ia merupakan Pasukan gerila ini menggunakan topi berbintang tiga untuk melambangkan tiga bangsa utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India. Pasukan ini juga dikenal sebagai Bintang Tiga. | UMUM | |
| SUPP | SUPP, parti politik yang pertama ditubuhkan di Sarawak. SUPP ialah singkatan Sarawak United People’s Party. Parti ini ditubuhkan oleh orang Cina pada 12 Jun 1959, bagi menjaga kepentingan komuniti Cina. Parti ini dipimpin oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong. Penubuhan parti ini adalah hasil daripada kegiatan politik orang Cina dan dasar British sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| KELLER, GOTTFRIED | Keller, Gottfried (1819–1890) ialah penulis Swizerland yang paling terkenal yang menulis di Jerman sebelum tahun 1900-an. Dia terkenal dengan watak jenakanya dan sikap yang mengambil berat tentang etika baik rakyat. Keller menulis beberapa prosa yang pendek dikenali sebagai novella. Novellanya yang paling terkenal terbit dalam 2 siri, The People of Seldwyla (1856, 1874). Novella ini termasuk cerita jenaka “Clothes Make the Man” dan kisah tragik “Romeo dan Juliet in the Village”. Siri-siri lain yang penting termasuk Seven Legends (1872), iaitu versi moden yang lucu dari kisah-kisah agama yang terkenal, kisah sejarah Zurich Novellas (1878), The Epigram (1882) yang merupakan satu koleksi kisah cinta yang sedih; dan kisah kehidupan daerah Swiss, Martin Salander (1886). Keller lahir di Zurich. | UMUM | |
| MORISON, SAMUEL ELIOT | Morison, Samuel Eliot (1887–1976) ialah ahli sejarah Amerika, guru sejarah, dan pemenang dua Hadiah Pulitzer. Bukunya Admiral of the Ocean Sea, tentang riwayat hidup Columbus, memenangi hadiah tersebut pada tahun 1943, dan bukunya John Paul Jones menerima hadiah pada tahun 1960. Buku-bukunya yang lain termasuklah History of United States Naval Operations in World War II yang ditulis dalam 15 jilid (1947– 1962), The Intellectual Life of Colonial New England (1960), One Boy’s Boston (1962), The Oxford History of the American People (1965), The European Discovery of America: The Northern Voyages (1971) dan The European Discovery of America: The Southern Voyages (1974). | UMUM | |
| TOHA MOCHTAR | TOHA MOCHTAR (1926 – 1992), penulis Indonesia. Dia lahir pada 17 September 1926 di Kendiri, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Toha Mochtar bin Husni Tohar. Dia dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang taat kepada agama Islam dan ayahnya, adalah seorang penghulu. Dia mendapat pendidikan formal hingga Kelas Dua Sekolah Menengah Atas pada tahun 1947 dan kemudiannya mengikuti pendidikan di Artist People University di Madiun pada tahun yang sama. | SASTERA | Tokoh |
| SNAP | SNAP, parti politik. SNAP ialah singkatan Sarawak National Party. Parti ini ditubuhkan pada bulan Mac 1961. Melihat perkembangan di kalangan orang Cina dan orang Melayu yang telah menubuh parti-parti politik masing-masing, orang Iban takut kedudukan mereka terancam di samping menaruh perasaan curiga terhadap Sarawak United People’s Party (SUPP) dan Parti Negara Sarawak (PANAS). Mereka juga ingin menjaga kepentingan komuniti mereka. Oleh itu SNAP ditubuhkan oleh Stephens Kalong Ningkan dari Bahagian Kedua. Kebanyakan ahli SNAP terdiri daripada para pekerja di Shell Oil Company di Brunei dan Miri. Parti ini diasaskan di Brunei, tetapi Stephens Kalong Ningkan kemudian meletak jawatan dalam Shell kerana berpindah ke Kuching. Semua ahli Jawatankuasa Tertinggi SNAP datang dari daerah Saribas di Bahagian Kedua. Penduduk Iban di sini telah menerima pendidikan Inggeris semasa pemerintahan Brooke. Oleh yang demikian mereka mudah bergerak dari segi sosial dan ekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| BHUTTO, ZULFIKAR ALI | Bhutto, Zulfikar Ali (1928–1979) ialah presiden dan perdana menteri Pakistan dari tahun 1971 hingga tahun 1977. Dia lahir di daerah Larkana di wilayah Sindh. Bhutto mendapat pendidikan di University of California Amerika Syarikat dan Oxford University, England. Dia berkelayakan sebagai barrister . Dari tahun 1958 hingga tahun 1966, dia berkhidmat sebagai menteri dalam kerajaan Pakistan. Dia meletakkan jawatan pada tahun 1966 untuk menubuhkan Pakistan People’s Party (PPP). | UMUM | |