PERANG TROJAN | Perang Trojan ialah peperangan Yunani mengalahkan bandar Troy. Legenda peperangan ini telah mengilhamkan banyak karya sastera klasik yang terkemuka. Beberapa peristiwa yang berlaku semasa dan selepas Perang Trojan menjadi tema untuk tiga puisi epik yang agung – Iliad dan Odyssey , ditulis oleh penyair Yunani, Homer, dan Aeneid yang ditulis oleh penyair Rom, Virgil. Wira dan mangsa peperangan dilambangkan dalam tragedi-tragedi Yunani seperti Agamemnon oleh Aeschylus, Ajax oleh Sophocles dan The Trojan Women oleh Euripides. | UMUM | |
PERANG 1812 | Perang 1812 ialah peperangan antara Great Britain (kini dikenali sebagai United Kingdom) dengan Amerika Syarikat. Ia merupakan peperangan aneh yang mungkin boleh dinamakan sebagai Perang Kesilapan Komunikasi. Dua hari sebelum perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang menjadi sebab utama meletusnya pertempuran. Sekiranya wujud komunikasi telegraf antara Amerika dengan Eropah, peperangan itu mungkin boleh dielakkan. | UMUM | |
PERANG MANSURAH | Perang Mansurah , peperangan antara orang Islam Mesir, di bawah pemerintahan al-Malik al- Salih dengan orang Perancis, di bawah pemerintahan Raja Louis IX, pemimpin tentera Perang Salib ke-8 di Mesir. Peperangan ini berlaku pada tahun 648 H./1250 M. Antara punca tercetusnya peperangan ini ialah kerajaan Latin yang diasaskan oleh Tentera Salib di Baitulmaqdis hanya dapat bertahan selama lebih 88 tahun selepas dikalahkan oleh Salah al-Din al-Ayyubi. Oleh sebab itu, tentera Kristian berpatah balik ke kubu pertahanan mereka semula dan semenjak itu mereka menanti peluang untuk memecahkan kekuatan tentera Islam Mesir di bawah kerajaan Ayyubiyyah yang telah menghancurkan harapan dan impian mereka selama ini. | UMUM | |
SAINS KETENTERAAN | Sains ketenteraan ialah kajian saintifik mengenai prinsip mengawal tatacara peperangan dan penerangan prinsip-prinsip tersebut semasa peperangan. Rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia termasuk: Logistik Tentera darat Tentera udara Perang Tentera laut | UMUM | |
DAYAN, MOSHE | Dayan, Moshe (1915–1981) ialah tentera dan ahli politik Israel berbangsa Yahudi. Dia memimpin tentera Israel dalam peperangan pada tahun 1956. Peperangan tersebut melibatkan serangan tiga penjuru terhadap Mesir dengan kerjasama dari England dan Perancis. Dia juga memainkan peranan penting dalam peperangan “Enam Hari” menentang Mesir, Jordan dan Syria pada bulan Jun 1967. | UMUM | |
PERANG ORANG ASLI AMERIKA | Perang Orang Asli Amerika ialah peperangan antara Orang Asli Amerika dengan orang kulit putih untuk merebut kawasan tanah subur di Amerika Syarikat. Peperangan ganas ini dijadikan latar belakang pelbagai cerita dan legenda tentang kehidupan dan perkembangan di sempadan Amerika. | UMUM | |
SHERWOOD, ROBERT EMMET | Sherwood, Robert Emmet (1896–1955), penulis drama, wartawan, dan periwayat Amerika yang menekankan keburukan peperangan dalam penulisannya. Dramanya, iaitu Idiot’s Delight (1936) meratapi ketibaan meletusnya peperangan di Eropah. Abe Lincoln in Illinois (1938) menggunakan kata-kata Lincoln untuk menunjukkan betapa perlunya tindakan tegas ketika berhadapan dengan peperangan. There Shall Be No Night (1940) menentang perlanggaran Kesatuan Soviet ke atas Finland. Ini juga adalah pendirian Sherwood terhadap apa yang disebut sebagai keinginan setiap manusia untuk melarikan diri daripada kenyataan. Ketiga-tiga drama ini memenangi Hadiah Pulitzer. | UMUM | |
PERANG | Perang ialah suatu pertarungan antara dua golongan besar yang berusaha untuk memusnah atau mengalahkan lawan masing-masing. Peperangan ada pelbagai jenis, misalnya peperangan antara dua buah keluarga, kabilah dengan kabilah dan antara pengikut satu agama dengan pengikut agama yang lain. | UMUM | |
PERANG SAUDARA IRELAND | Perang Saudara Ireland tercetus antara penyokong dan penentang perjanjian Anglo- Ireland yang ditandatangani pada bulan Disember 1921. Peperangan itu berlarutan dari bulan Januari 1922 hingga Mei 1923. Tentera kerajaan yang menyokong perjanjian memenangi peperangan yang juga disokong oleh majoriti orang Ireland. Kemenangan mereka menjamin hidupnya demokrasi berparlimen dan menyingkirkan ancaman pemerintahan diktator oleh tentera yang diinginkan oleh sebahagian pejuang yang anti- perjanjian tersebut. Peperangan itu meninggalkan kenangan pahit yang mempengaruhi parti politik Ireland sehingga kini. | UMUM | |
ARJUNA | Arjuna ialah wira dalam puisi epik India, Mahabharata , yang menceritakan peperangan antara adik-beradik Pandava dan sepupu Kaulava. Arjuna ialah anak ketiga daripada lima adik- beradik Pandava. Kisah hidupnya merupakan satu siri peperangan dan kejayaan. Arjuna dipaparkan sebagai seorang wira yang unggul. Dia berani, kacak, mulia, pemurah, dan seorang kekasih yang romantis. Lihat Mahabharata. | UMUM | |