Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata per banyak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAIP HABA

Paip haba ialah peranti yang memindahkan banyak

haba dari satu tempat ke tempat lain pada suhu yang

agak malar. Paip haba boleh memindahkan lebih

banyak haba per unit keluasan daripada pengalir

logam yang terbaik, termasuk tembaga dan perak.

Tidak seperti kebanyakan peranti pemindah haba,

paip haba tidak memerlukan sumber kuasa luar. Ciri

ini menjadikan tenaga lebih cekap dan lebih jimat.

UMUM 
ONTARIO

Ontario (pend. 10 084 885) ialah provinsi Kanada.

Kira-kira satu per tiga daripada penduduk Kanada

tinggal di Ontario. Industri perkhidmatan

mendatangkan pendapatan yang besar kepada

Ontario. Industri pembuatan di Ontario

mengeluarkan keluaran yang sama banyak

dengan keluaran sembilan provinsi lain yang

digabungkan. Ontario merupakan provinsi

pertama antara provinsi Kanada yang meraih

pendapatan melalui pertanian dan menduduki

tempat kedua selepas Alberta dalam bidang

perlombongan. Ontario mempunyai lombong

nikel, uranium, dan emas.

UMUM 
SAMARIUM

Samarium ialah unsur kimia dengan simbol Sm.

Ia adalah satu daripada logam nadir bumi. Nombor

atomnya ialah 62 dan berat atomnya ialah 150.36.

Ketumpatannya ialah 7.536 gram per sentimeter

padu pada 25 ° C (lihat Ketumpatan ). Ia dinamakan

sempena nama jurutera Rusia Kolonel Samarski.

Paul Émile Lecoq de Boisbaudran dari Perancis

menemui samarium pada tahun 1879. Samarium

paling baik dipisahkan daripada lain-lain nadir bumi

melalui proses pertukaran ion atau proses ekstraksi

pelarut. Samarium berwarna perak dan mengoksida

dengan perlahan dalam udara. Oksida biasa, Sm 2 O 3 ,

berwarna kuning pucat dan larut dengan cepat

dalam kebanyakan asid. Logam ini melebur pada

1074 ° C dan mendidih pada 1794 ° C. Aloi samarium

dan kobalt adalah bahan magnet yang sangat baik

dan mempunyai banyak kegunaan komersial.

Lihat juga Bumi nadir; Unsur kimia.

UMUM 
AMERISIUM

Amerisium ialah unsur radioaktif tiruan. Simbol

kimianya ialah Am dan nombor atomnya ialah 95.

Amerisium mempunyai 12 isotop yang diketahui

dan isotop yang paling stabil mempunyai nombor

jisim 243 dan separuh hayat 7400 tahun. Hanya

isotop ini dan isotop yang mempunyai nombor

jisim 241 serta separuh hayat 432 tahun boleh

dihasilkan dengan banyak. Pada 20°C, amerisium

mempunyai ketumpatan 13.67 gram per sentimeter

padu (lihat Ketumpatan ). Logam ini cair pada

1173°C.

UMUM 
NANAS

Nanas ialah tumbuhan tropika yang terkenal

kerana buahnya yang berjus dan berbau harum.

Barangkali ia mendapat namanya pineapple dalam

bahasa Inggeris kerana buahnya kelihatan seperti

sebiji kon pain yang besar. Ramai orang suka

meminum jus nanas dan memakan buahnya sebagai

pencuci mulut atau dalam salad buah-buahan.

Thailand menanam lebih banyak nanas daripada

mana-mana negara lain. Petani di sana

mengeluarkan lebih kurang satu per empat

daripada nanas di dunia.

UMUM 
NEPTUNIUM

Neptunium ialah unsur yang dicipta secara

artifisial dengan simbol kimia Np. Nombor

atomnya ialah 93. Isotopnya yang paling stabil

mempunyai berat atom 237 dan separuh hayat

dua juta tahun (lihat Sinaran ). Neptunium ditemui

oleh Edwin M. McMillan dan P.H. Abelson di

University of California, Amerika Syarikat, pada

tahun 1940. Ia mula-mula dihasilkan dengan

membedil uranium dengan neutron perlahan.

Neptunium yang dihasilkan dengan cara ini

adalah tidak stabil dan mereput untuk

membentuk isotop yang boleh digunakan untuk

pembelahan nuklear. Ahli sains mencipta banyak

neptunium dalam reaktor nuklear dan mengkaji

sifat-sifat fizikal dan kimia. Logam neptunium

mempunyai ketumpatan 20.25 gram per

sentimeter padu pada 20 ° C. Ia melebur pada

639°C.

UMUM 
NEODIMIUM

Neodimium ialah unsur kimia yang mempunyai

simbol Nd. Ia adalah logam yang tergolong dalam

kumpulan nadir bumi. Nombor atomnya ialah 60.

Berat atomnya ialah 144.24. C. F. Auer von

Welsbach dari Austria menemui unsur ini pada

tahun 1885. Dia mengasingkan unsur yang dikenali

sebagai didimium kepada neodimium dan

praseodimium. Neodimium melebur pada 1021 o C,

dan mendidih pada 3074 o C. Ia mempunyai

ketumpatan 7.003 gram per sentimeter padu pada

25 o C. Logam ini boleh disediakan melalui

elektrolisis garam halidanya, atau melalui

penurunan garam ini oleh logam bumi alkali ini

dengan menggunakan haba. Industri seramik

menggunakan garam neodimium untuk

mewarnakan kaca dan dalam serlis. Logam ini

wujud dalam logam misch , iaitu aloi yang

mempunyai banyak kegunaan, dan dalam laser Nd-

YAG yang penting.

UMUM 

Kembali ke atas