EROPAH | Eropah merupakan tempat lahir peradaban Barat. Tiada benua lain yang mempunyai pengaruh yang sebegitu besar terhadap sejarah dunia selain Eropah. Idea tentang politik Eropah, penemuan sains, seni dan falsafah, dan kepercayaan keagamaan berkembang ke seluruh dunia dari zaman Yunani. Perkembangan peradaban dunia baharu, termasuklah benua Australia dan New Zealand, dan Amerika Utara dan Amerika Selatan berasaskan peradaban Eropah. | UMUM | |
MESIR PURBA | Mesir Purba ialah tempat wujudnya salah satu peradaban dunia yang pertama. Kebudayaan yang maju ini muncul lebih kurang 5000 tahun dahulu di Lembah Sungai Nil di bahagian timur laut Afrika. Kebudayaan itu berkembang subur selama lebih 2000 tahun lalu menjadi salah sebuah peradaban yang paling lama bertahan dalam sejarah. | UMUM | |
API | Api . Kegunaan terawal api bagi manusia adalah untuk memanaskan badan. Apabila peradaban semakin maju, manusia belajar menggunakan api dengan banyak cara lain. Manusia belajar menggunakan api untuk memasak makanan, membentuk senjata dan perkakas, untuk membuat tembikar daripada tanah liat, dan untuk lampu. Tetapi manusia awal mempunyai cara yang terlalu perlahan dan agak tidak memuaskan untuk menyalakan api. | UMUM | |
PERPUSTAKAAN FOLGER SHAKESPEARE | Perpustakaan Folger Shakespeare di Washington, D.C. , menempatkan salah satu koleksi buku yang sangat penting tentang peradaban orang British kira-kira dari tahun 1485 hingga tahun 1715. Perpustakaan ini juga memiliki koleksi buku yang paling penting di dunia yang dihasilkan oleh William Shakespeare dan tentang William Shakespeare. Perpustakaan ini mempunyai lebih daripada 225 000 buah buku. | UMUM | |
STAPLEDON, OLAF | Stapledon, Olaf (1886–1950) ialah penulis fiksyen sains British yang utama. Dia menulis babad imaginasi masa depan yang dikenalinya sebagai esei penciptaan mitos. Kisah hebat dan istimewa ini melepasi ruang dan masa serta selalu berkait dengan seluruh peradaban. | UMUM | |
SASTERA ZAMAN PERALIHAN | SASTERA ZAMAN PERALIHAN, bentuk sastera Melayu yang dihasilkan pada zaman peralihan peradaban Hindu kepada Islam. Pada waktu ini kebudayaan Hindu masih mempunyai pengaruh tetapi semakin beransur lemah, manakala pengaruh kebudayaan Islam semakin berkembang. Pengaruh kebudayaan Islam dipesatkan lagi oleh tulisan Jawi yang dibawa oleh Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
POKOK KURMA | Pokok kurma ialah pokok yang mengeluarkan buah kurma. Pokok kurma hidup subur dalam iklim panas kering. Ia tumbuh di seluruh utara Afrika dan Timur Tengah, dan ia hidup subur di wadi, iaitu tempat yang hanya ditumbuhi beberapa tumbuhan sahaja. Pokok kurma adalah satu daripada tumbuhan tanaman yang paling tua. Peradaban awal mula menanam pokok kurma sekurang-kurangnya 5000 tahun dahulu. Kini, buah kurma masih menjadi makanan penting kepada banyak negara di gurun. | UMUM | |
SILAT MELAYU | SILAT MELAYU, ilmu membela diri yang dilengkapi dengan unsur-unsur kesenian dan tatasusila peradaban Melayu. Silat juga merupakan ilmu pendidikan formal yang terawal dalam kebudayaan Melayu sebelum wujudnya ilmu pendidikan formal yang diperkenalkan oleh bangsa asing. | BUDAYA | Konsep |
KETAYAP | KETAYAP, penutup kepala orang lelaki yang diperbuat daripada kain atau benang yang dikait (crochet). Ketayap juga disebut kopiah. Biasanya, ketayap berwarna putih. Dalam peradaban Melayu, ketayap sering dikaitkan dengan ibadat haji. Ini disebabkan sejak dahulu lagi ketayap menjadi pakaian mutlak bagi mereka yang bergelar haji. | BUDAYA | Alat/Alatan |