Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ju.rit] | ڤراجوريت

Definisi : 1. anggota tentera, askar, serdadu; 2. Id pangkat terendah dlm angkatan tentera, prebet; 3. sl gagah dan berani; keperajuritan perihal perajurit, kepahlawa­nan, ketenteraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ju.rit] | ڤراجوريت

Definisi : 1 anggota pasukan tentera; askar. 2 gagah dan berani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perajurit (kata nama)
Bersinonim dengan askar, serdadu, tentera, perwira, kesateria, pahlawan, hulubalang, lasykar, penjuru, bahadur;,
Kata Terbitan : keperajuritan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAPATI

Surapati ( ? –1706), perajurit dari Bali, yang

meningkat kedudukannya daripada hamba,

sehingga menjadi seorang pemerintah separuh

merdeka di sebuah wilayah di Pulau Jawa pada

tahun 1600-an. Pada masa itu, Syarikat Hindia Timur

Belanda telah menguasai kepulauan itu yang kini

membentuk negara Indonesia. Orang Belanda

menganggap Surapati satu daripada musuh

mereka yang banyak menimbulkan masalah.

UMUM 
TUGU PERINGATAN NEGARATugu kebangsaan untuk memperingati pengorbanan perajurit negara Malaysia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
RETURNED SERVICES LEAGUE OF AUSTRALIA

Returned Services League of Australia

yang lebih dikenali sebagai R.S.L. , ialah sebuah

persatuan yang memberi keutamaan terhadap

kebajikan dan kesejahteraan ahli-ahlinya, serta

bekas anggota perajurit lelaki dan wanita termasuk

tanggungan mereka. Persatuan ini mempunyai

lebih kurang 270 000 ahli. Pada mulanya ia

ditubuhkan sebagai satu pertubuhan kebangsaan

pada 6 Jun 1916.

UMUM 
LEFTENAN ADNAN

LEFTENAN ADNAN (1915 – 1942),  perajurit tanah air. Dia lahir di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Ibu bapanya berasal dari Bukittinggi, Sumatera Barat (Minangkabau), Indonesia dan telah menetap di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Dia memperoleh pendidikan formalnya di Sekolah Melayu Kampung Sungai Ramal hingga lulus Darjah Lima. Bagi menambahkan ilmu pengetahuannya dia memasuki Sekolah Agama di Jenderam selama dua tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KARAENG GALESONG

KARAENG GALESONG, (  ?  -1679), putera Sultan Hasanuddin (m.m. 1653-1669), Raja Makasar di Goa, Sulawesi. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah anak raja pelarian Makasar yang terkenal pada abad ke-17 berikutan kekalahan Goa di tangan Arung Palakka pada tahhun 1669. Karaeng Galesong melarikan diri ke Sumbawa. Pada tahun 1673, selepas tinggal seketika di Jawa Timur, dia kembali ke Bali dan di sana dia diberi tanah. Karaeng Galesong dan pengikutnya  akhirnya kembali ke Jawa Timur dan berkahwinn dengan anak saudara perempuan pemberontak Madura, Trunajaya pada tahun 1675 selepas Trunajaya menerima persetiaan yang dibuat kerana orang Makasar terkenal sebagai perajurit yang berani. Karaeng Galesong telah membantu Trunajaya dalam beberapa peperangan untuk menguasai kota di pesisir timur Jawa antara Gresik dan Surabaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas