OCHO RIOS | Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran, hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan yang menarik yang terletak berdekatan dengannya termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh- tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai Dunn. | UMUM | |
SAINT MORITZ | Saint Moritz (pend. 5263) ialah bandar peranginan yang masyhur di Pergunungan Alps di sebelah timur Switzerland. Letaknya 1840 meter di atas aras laut di Lembah Engadin dalam kanton (negeri) Graubünden. Bandar ini dibina di antara cerun gunung dan di sepanjang sebuah tasik kecil. Untuk lokasi, lihat Switzerland (peta). | UMUM | |
NICE | Nice (pend. 345 674; pend. kaw. met. 475 507) ialah bandar peranginan di French Riviera dan pelabuhan Mediterranean . Bandar ini terletak di kaki Pergunungan Alps berhampiran Itali (lihat Perancis [peta politik]). Bandar ini mempunyai jalan yang besar, hotel mewah, dan vila yang dikelilingi oleh taman. Sungai Paillon membahagikan bandar ini kepada dua bahagian, Pekan Lama di bahagian timur dan pekan moden di bahagian barat. Pergunungan Alps melindungi Nice daripada angin utara yang sejuk dan menyebabkan bandar ini mengalami musim sejuk yang sederhana. Kebanyakan penduduk bergantung kepada perdagangan pelancongan. Kebanyakan pelancong datang pada musim cuti musim sejuk antara bulan Januari hingga bulan April, atau dari bulan Julai hingga bulan September. Mardi Gras, yang menandakan kemuncak Pesta Riviera, adalah satu daripada beberapa pesta musim sejuk bandar ini (lihat Mardi Gras ). | UMUM | |
MIAMI | Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met. 1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah menarik ramai pesara dari seluruh Amerika Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan yang mendapat publisiti besar-besaran, telah menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan Atlantik. | UMUM | |
MAR DEL PLATA | Mar del Plata (pend. 532 845) ialah salah satu bandar peranginan yang terkenal di Argentina. Iklimnya yang nyaman dan pantainya yang cantik menarik lebih daripada dua juta pelancong setiap tahun. | UMUM | |
PALM SPRINGS | Palm Springs (pend. 40 181) ialah bandar peranginan di selatan California, Amerika Syarikat yang dikelilingi oleh gurun dan gunung-ganang. | UMUM | |
SCARBOROUGH | Scarborough (pend. 107 800) ialah daerah kerajaan tempatan di Yorkshire Utara, England, meliputi pelabuhan dan bandar peranginan Scarborough dan Whitby. Daerah ini meliputi juga sebahagian daripada Taman Negara North York Moors. | UMUM | |
PHOENIX | Phoenix (pend. 983 403; pend. kaw. met. 2 112 101) ialah ibu negeri dan bandar terbesar Arizona . Ia adalah pusat peranginan utama dan turut dikenali sebagai tempat membuat peralatan komputer dan elektronik. Bandar ini terletak di Lembah Sungai Salt, sebuah kawasan tanah rata yang dikelilingi gunung rendah. Phoenix diasaskan pada tahun 1870. | UMUM | |
BUKIT LARUT | Bukit Larut ialah kawasan peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
BUKIT FRASER | Bukit Fraser ialah kawasan peranginan tanah tinggi yang popular di Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |