Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met. 1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah menarik ramai pesara dari seluruh Amerika Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan yang mendapat publisiti besar-besaran, telah menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan Atlantik. |