Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ran.tis] | ڤرنتيس

Definisi : orang yg bekerja dgn tujuan utk mem­peroleh pengetahuan dan kemahiran dlm se­suatu bidang: dia menjadi ~ di sebuah kedai dapur arang; perantisan; latihan ~ latihan sbg seorang perantis (utk memperoleh pengetahuan dan kemahiran); keperantisan latihan dan kerja sbg perantis: dia berjaya menamatkan ~ selama enam tahun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perantis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANTIS

Perantis ialah seseorang yang mempelajari

sesuatu kemahiran dengan bekerja di bawah

bimbingan seorang yang pandai dan mahir.

Perantis bekerja dalam sektor pembinaan, kerja

logam, percetakan, dan kemahiran-kemahiran lain.

Ramai majikan dan kesatuan secara bersama

menyediakan program perantisan. Kebanyakan

perantis menerima gaji dan bekerja mengikut

waktu tetap. Mereka yang telah tamat perantisan

menjadi pekerja terlatih (pekerja mahir).

UMUM 
SMITH, JAMES

Smith, James (1827–1897), yang dikenali sebagai

Smith Ahli Falsafah, menjumpai lombong yang

kaya dengan timah di Gunung Bischoff di negara

pulau Australia, iaitu Tasmania pada tahun 1871.

Dia menubuhkan Mount Biscnoff Tin Mining

Company Bischoff pada tahun 1873. Dia menjadi

ahli parlimen dari tahun 1886 hingga tahun 1888

sebelum bersara untuk berladang di Forth. Smith

lahir di George Town, Tasmania dan bekerja

sebagai perantis pengilang tepung dan mencari

gali emas di Victoria.

UMUM 

Kembali ke atas