PERAYAAN KUIH BULAN | Perayaan masyarakat Cina | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
PERAYAAN SAINT NICHOLAS | Perayaan Saint Nicholas ialah pesta kanak- kanak yang dirayakan pada 6 Disember, iaitu hari jamuan Saint Nicholas. Santo ini menjadi biskop di Asia Kecil pada tahun 300-an M. Dia menjadi santo penaung kepada kanak-kanak semenjak Zaman Pertengahan. Perayaan ini dirayakan terutamanya di Eropah. Di setengah-setengah negara, kanak-kanak mengisi kasut mereka dengan jerami dan lobak merah untuk kuda Saint. Nicholas pada malam hari 5 Disember. Keesokan paginya mereka mendapati jerami dan lobak merah tadi telah digantikan dengan mainan- mainan kecil dan biskut. Namun begitu jika kanak- kanak itu nakal, dia akan menerima rotan penyebat. | UMUM | |
PERAYAAN UMAT ISLAM | Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan, iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah”), tasbih (memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan, kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam Islam. | UMUM | |
SAENGIL | Perayaan hari lahir masyarakat Korea | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
TAHUN BARU CINA | Perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
MICHAELMAS | Michaelmas ialah perayaan yang diadakan pada 29 September di gereja Roman Katolik dan Gereja England, dan pada 8 November di gereja Greek, Armenia dan Koptik. Perayaan ini adalah sebagai memperingati Saint Michael yang digelar ‘archangel’. Michaelmas berkemungkinan berasal daripada Empayar Rom pada tahun 400-an M. Perayaan itu penting pada Zaman Pertengahan apabila Saint Michael menjadi ketua kesateria dan salah seorang ketua santo Gereja Roman Katolik. Di Great Britain, Michaelmas ialah satu istilah akademik yang digunakan di Universiti Oxford dan Cambridge. | UMUM | |
HANAMI | Hanami ialah perayaan menghayati bunga sakura yang berkembang. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
EASTER | Easter ialah perayaan tahunan Kristian yang paling penting. | UMUM | |
ROSH HA-SHANAH | Rosh Ha-Shanah ialah perayaan Tahun Baru orang Yahudi. Perkataan Hebrew Rosh Ha-Shanah (juga ditulis Rosh Hashanah ) bermakna Permulaan Tahun. | UMUM | |
KORBAN | Korban ialah perayaan bercorak akidah yang dilakukan semenjak sebelum kedatangan agama Islam lagi. | UMUM | |