Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ba.ha.san] | ڤربحثن

Definisi : 1. perihal berbahas atau membahaskan, perdebatan: dlm ~ itu, acap kali dikemukakan pendapat yg bukan-bukan; ~ mengenai rang undang-undang; 2. peraduan berbahas antara dua pasukan (biasanya terdiri drpd tiga orang) yg membahaskan sesuatu tajuk (secara formal): ~ peringkat akhir antara Sekolah Alam Shah dan Kolej Tunku Kursiah akan disiarkan secara langsung melalui televisyen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ba.ha.san] | ڤربحثن

Definisi : pertukaran fikiran mengenai sesuatu perkara; perbuatan atau hal berbahas; perdebatan: Majlis ~ itu telah ditangguhkan ke minggu hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbahasan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERBAHASAN

Perbahasan adalah beberapa siri perdebatan

secara formal, sama ada menyokong atau

menentang, terhadap tajuk yang dicadangkan.

UMUM 
METAFIZIK

Metafizik adalah satu cabang dari ilmu falsafah

yang berkenaan dengan sesuatu yang berbentuk

semula jadi bagi alam nyata. Ia dinamakan juga

ilmu di sebalik alam semula jadi. Ia bertujuan

mengetengahkan sigat yang tersusun bagi alam ini

dan asas-asas (prinsip-prinsip) yang mengaturnya,

berbeza dengan ilmu alam semula jadi yang

membahaskan zahir (luaran) alam ini dengan

perbahasan yang terhad.

UMUM 
SURAH AL-TARIQ

Surah al-Tariq ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-86 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 17 ayat.

Surah ini dinamakan al-Tariq (bintang yang

menembus sinaran cahayanya) kerana di

permulaan surah ini Allah S.W.T. bersumpah

dengan perkataan itu. Surah ini menangani

beberapa masalah berkaitan dengan akidah Islam.

Perbahasan surah ini berkaitan keimanan dengan

hari kebangkitan semula manusia di akhirat.

UMUM 

Kembali ke atas