PSIKOTERAPI | Psikoterapi ialah sebarang rawatan gangguan mental atau gangguan emosi dengan maksud psikologikal. Kebiasaannya psikoterapi adalah berasaskan pada perbincangan antara ahli terapi dengan seorang ataupun lebih pesakit. | UMUM | |
PROLOG | Prolog ialah pengenalan bagi lakonan atau tulisan- tulisan lain. Istilah ini berasal daripada dua perkataan Yunani yang bererti sebelum dan perbincangan . Prolog menjelaskan keadaan pada waktu babak pertama lakonan dimulakan atau mungkin menjelaskan sesuatu lakonan secara umum. | UMUM | |
SURAH AL-JINN | Surah al-Jinn ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-72 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 28 ayat. Surah ini dinamakan al-Jinn kerana perbincangan surah ini berkisar tentang jin. | UMUM | |
NGUYEN VAN THIEU | Nguyen Van Thieu (1923–2001), menjadi presiden Vietnam Selatan pada tahun 1967, semasa Perang Vietnam. Pada bulan April 1975 – di bawah tekanan kuat penentang politik bukan Komunis – Thieu meletakkan jawatan dalam percubaan untuk menggalakkan perbincangan gencatan senjata antara Komunis dengan kerajaan Vietnam Selatan. Tetapi Perang Vietnam berakhir kira-kira seminggu kemudian dengan pihak Komunis mengambil alih Vietnam Selatan. | UMUM | |
SURAH AL-FIL | Surah al-Fil ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-105 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lima ayat. Surah ini dinamakan al-Fil (gajah) kerana inti pati perbincangan utama dalam surah ini adalah berkaitan dengan gajah yang digunakan untuk meruntuhkan Kaabah. | UMUM | |
DEWAN BUDAYA | DEWAN BUDAYA, majalah bulanan yang menjadi wadah dan forum pemikiran dan perbincangan khusus tentang seni budaya. Majalah ini mengandungi 60 halaman berukuran 21 cm x 28 cm diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979. Majlis pelancarannya dilakukan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16 Januari 1979 oleh Dato’ Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia. | SASTERA | Penerbitan |
SURAH AL-MUTAFFIFIN | Surah al-Mutaffifin ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-83 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 36 ayat. Ia dinamakan al-Mutaffifin (orang-orang yang tidak berlaku adil dalam timbangan dan sukatan) kerana pokok perbincangan surah ini ialah tentang manusia yang tidak berlaku adil dalam perniagaan iaitu daripada segi timbangan dan sukatan. | UMUM | |
SHANKARACHARYA | Shankaracharya (700?–750 M.?), juga dikenali sebagai Shankara, ialah ahli falsafah Hindu. Hasil kerjayanya yang terpenting ialah ulasannya terhadap Veda , iaitu tulisan suci Hindu. Shankaracharya lahir di Kerala, selatan India. Dia mengamalkan sikap menahan diri dan belajar untuk menolak kesenangan duniawi dan keselesaannya di peringkat awal kehidupan. Dia mengabdikan dirinya pada pengajian, perbincangan falsafah, dan ajaran agama. Kemasyhuran sarjana yang berkelana ini tersebar luas ke seluruh India. Dalam perjalanannya, Shankaracharya mengasaskan empat biara yang terkenal di Badrinath di Himalaya, Shringeri di Mysore, Dwarke di barat India, dan di Puri, timur India. | UMUM | |
MUHAMMAD V | Muhammad V (1327 H.–1380 H., /1909 M.–1961 M.), raja Maghribi. Baginda menaiki takhta ketika berumur 18 tahun pada tahun 1927 M. selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Yusuf ibn al- Hasan. Ketika itu Maghribi berada di bawah jajahan Perancis. Baginda menuntut kemerdekaan Maghribi pada 11 Januari 1944 dan pergi ke Perancis pada tahun 1950 bagi mengadakan perbincangan dengan Presiden Perancis dan para pemimpinnya tentang urusan pentadbiran sendiri negaranya. | UMUM | |
SURUHANJAYA REID | Kapsyen : Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955 SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |