BUKHARI AL-JAUHARI ( ? - ? ), tokoh kesusasteraan Melayu klasik. Namanya dikatakan mempunyai maksud Bukhari dari Johor. Walau bagaimanapun pernah timbul percanggahan pendapat tentang namanya yang boleh juga membawa erti ‘Bukhari Saudagar Permata’ kerana perkataan Bukhari merujuk kepada seorang yang pakar tentang batu-batu permata. Dari sudut perlambangan, nama Bukhari al-Jauhari mungkin mengandungi maksud bahawa sebagai seorang pengarang (Bukhari), dia mempunyai pengetahuan (permata) yang mendalam tentang apa yang diperkatakannya dalam karyanya. Kekeliruan tentang nama ini timbul kerana perkataan ‘jauhar’ bermakna permata tetapi mengikut Rouffiaer (seorang sarjana Belanda), sememangnya nama negeri Johor berasal daripada kata jauhar yang bermakna permata.
Thanks for clicking. That felt good.