Magneto ialah janakuasa elektrik yang menyediakan pencucuhan percikan api dalam sesetengah enjin pembakaran dalaman. Pencucuhan Magneto digunakan dalam mesin rumput dan dalam kebanyakan kapal terbang dan motosikal. Magneto beroperasi berdasarkan dua prinsip asas: (1) Gerakan konduktor dalam medan magnet mengeluarkan arus elektrik dalam konduktor, dan (2) Gangguan mengejut aliran arus dalam konduktor dapat mencetuskan (menjanakan) voltan yang tinggi. |