BIASISWA | Biasiswa ialah sejumlah bantuan berbentuk wang atau yuran yang diberikan percuma kepada pelajar berasaskan pencapaian, kebolehan, atau keperluan kewangan. Biasiswa biasanya disifatkan sebagai penghormatan terhadap pengiktirafan pencapaian akademik yang ulung, juga sebagai bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukannya. Pada umumnya biasiswa diberikan sebagai satu cara memilih dan melatih mereka yang berkeupayaan agar menjadi aset berguna kepada masyarakat dan negara. | UMUM | |
BAYARAN PINDAHAN | Bayaran pindahan ialah bayaran yang diterima oleh seseorang individu secara percuma tanpa perlu memberikan apa-apa sumbangan kepada pendapatan negara. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
MOTEL | Motel ialah tempat yang menyediakan kemudahan penginapan terutamanya kepada pemandu kereta. Kebanyakan motel terletak di persimpangan jalan besar yang sibuk, di kawasan pinggir bandar atau berhampiran lapangan terbang. Semua motel menyediakan kemudahan letak kereta secara percuma dan tetamu boleh sampai ke bilik secara terus. Sesetengah motel mempunyai restoran dan kolam renang. | UMUM | |
PERAKUAN KESIHATAN | Perakuan kesihatan ialah sijil yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak berkuasa pelabuhan tertentu. Ia memperakukan keadaan kesihatan anak kapal dan penumpang, dan keadaan kebersihan kapal semasa ia hendak belayar. Kapal dikuarantin apabila ada wabak penyakit di atas kapal atau apabila pengasapan diperlukan (lihat Kuarantin). Apabila sesebuah kapal itu tiba di pelabuhan, ia akan dikuarantin sehingga praktik (izin untuk berkomunikasi) telah dibenarkan. Permit praktik percuma mengizinkan kapal untuk masuk tanpa sekatan kuarantin selanjutnya. Praktik sementara menunjukkan syarat yang membolehkan praktik percuma dikeluarkan. | UMUM | |
KERAH | KERAH, satu bentuk institusi buruh yang wujud dalam sistem pemerintahan Melayu tradisional. Kerah ialah perkhidmatan buruh percuma yang dipaksakan ke atas rakyat oleh pihak berkuasa negeri. Oleh itu, institusi ini dikenal juga sebagai kerja paksa. Kerja paksa ini dinamakan kerah sempena perintah mengerah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apabila mereka memerlukan tenaga buruh sedemikian. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
AUTOMOBILE ASSOCIATION (AA) | Automobile Association (AA) di Britain ialah pertubuhan permotoran terbesar di dunia. Ia mempunyai lebih enam juta ahli. Tujuan persatuan ini umumnya adalah untuk melindungi dan meningkatkan minat pemandu kenderaan bermotor dan menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh untuk ahlinya. Perkhidmatan yang diberikan meliputi servis kerosakan, bantuan dari segi undang-undang, maklumat teknikal, pelan jalan, perakuan hotel, dan sebuah buku panduan percuma. AA mengatur insurans motor dan lain-lain, dan merupakan penerbit utama buku berkaitan dengan perjalanan, panduan dan peta. | UMUM | |
LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB | LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB, laporan Jawatankuasa Pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan jawatankuasa Pendidikan 1956. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya diadakan satu jawatankuasa lain untuk meninjau semula cadangan-cadangan yang telah dikemukakan. Tugas utama Jawatankuasa Abdul rahman Talib adalah untuk mengkaji pelaksanaan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956 yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan, iaitu menimbangkan implikasi dari segi kepentingan negara dan kewangan termasuk mengenai pengenalan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah. Laporan Jawatankuasa Abdul rahman Talib juga dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Penyemak Pendidikan 1960. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |