PERDAGANGAN BEBAS | Perdagangan bebas ialah polisi yang membenarkan penduduk sesebuah negara membeli dan menjual di mana-mana sahaja yang mereka suka tanpa halangan. Sebuah negara yang mempunyai sebuah polisi perdagangan bebas tidak menghalang penduduknya daripada membeli barangan yang dikeluarkan di negara lain, atau menggalakkan mereka membelinya di negara sendiri. | UMUM | |
PERTUBUHAN PERDAGANGAN BEBAS EROPAH (EFTA) | Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) ditubuhkan pada tahun 1960 bagi membolehkan anggotanya mendalami objektif ekonomi yang sama, khususnya melalui perdagangan bebas dalam keluaran industri. Objektif ini dicapai dengan memansuhkan tarif perdagangan dan halangan teknikal terhadap perdagangan. | UMUM | |
GABUNGAN KESATUAN PERDAGANGAN BEBAS ANTARABANGSA | | UMUM | |
ZON PERDAGANGAN BEBAS | Kawasan perdagangan | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS AMERIKA UTARA | Perjanjian perdagangan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PERJANJIAN KAWASAN EKONOMI EROPAH (EEA | Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995. | UMUM | |
REID, SIR GEORGE | Reid, Sir George (1845–1918) ialah Perdana Menteri New South Wales, Australia, dari tahun 1894 hingga tahun 1899 dan Perdana Menteri Australia dari tahun 1904 hingga tahun 1905. Sepanjang kerjayanya, dia percaya bahawa perdagangan bebas di antara tanah jajahan akan lebih banyak membangunkan industri daripada tarif perlindungan. Di Parlimen persekutuan, dia adalah pemimpin kumpulan perdagangan bebas. Dia berjaya memaksa kerajaan persekutuan untuk berkompromi antara perdagangan bebas dengan dasar perlindungan. Sebagai Perdana Menteri, dia memimpin kerajaan campuran antara partinya dengan Parti Liberal, dipimpin oleh Alfred Deakin. | UMUM | |
GATT | GATT, triti atau perjanjian berbilang hala yang diwujudkan dengan tujuan untuk menggalakkan perdagangan bebas dalam kalangan negara ahli. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
KEKKONEN, URHO KALEVA | Kekkonen, Urho Kaleva (1900–1986), menjadi presiden Finland dari tahun 1956 hingga tahun 1981. Ramai yang percaya bahawa dasar yang dijalankannya telah menyelamatkan Finland daripada menjadi sebuah negara Komunis. Kekkonen menekankan pengecualian dalam Perang Dingin dan bekerjasama dengan kedua-dua pihak, iaitu Kesatuan Soviet dan pihak Barat. Di bawah pemerintahannya, Finland menjadi ahli bersekutu kepada European Free Trade Association (EFTA) atau Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah. Finland juga terlibat dalam persidangan keselamatan Eropah yang dapat menjamin mengurangkan tekanan di kalangan orang Eropah. | UMUM | |
SMITH, ADAM | Smith, Adam (1723–1790), pengasas ekonomi moden. Buku Smith yang terpenting ialah The Wealth of Nations (judul penuh: An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations). Buku yang diterbitkan pada tahun 1776 ini ialah karya lengkap yang pertama tentang ekonomi politik. Buku ini membincangkan perhubungan antara kebebasan dan ketenteraman, menganalisis proses ekonomi, dan menyelar sekatan yang dibuat oleh sistem merkantil British terhadap perdagangan bebas (lihat Merkantilisme). Ketiga-tiga aspek ini disulam bersama untuk membentuk teori sosial yang seragam. | UMUM | |