PERTEMPURAN ACTIUM | Pertempuran Actium ialah pertempuran di laut yang menamatkan perebutan kuasa di Rom purba antara Gaius Octavian dengan Mark Antony. Pasukan tentera Octavian memenangi pertempuran ini, yang berlaku pada tahun 31 S.M. di pesisiran pantai Actium, berhampiran Preueza kini, di barat Greece . | UMUM | |
STEPHEN | Stephen (1097?–1154) ialah Raja Inggeris. Pemerintahannya penuh dengan persengketaan sehingga digelar ‘The Anarchy’. Persengketaan tersebut berpunca daripada perebutan takhta. Stephen ialah putera Adela. Adela ialah puteri William Si Penakluk. Pihak lain yang berhak ke atas takhta diraja itu ialah Matilda, puteri Henry I. Henry telah memujuk baronnya untuk mengangkat sumpah taat setia kepada Matilda sebelum kematiannya pada tahun 1135. Pada tahun 1153, Stephen akhirnya dipaksa untuk mengiktiraf putera Matilda sebagai pewaris takhtanya, iaitu Henry II yang menjadi Raja Plantagenet pertama (lihat Plantagenet). | UMUM | |
MORGAN, SIR HENRY | Morgan, Sir Henry (1635?–1688) ialah bajak laut (lanun) Inggeris yang terkenal. Pada zamannya, England dan Sepanyol berseteru dalam perdagangan dan perebutan tanah jajahan. Morgan menyerang kapal Sepanyol dan bandar-bandar dalam tanah jajahan Sepanyol di Hindia Barat, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Pada tahun 1671, dialah yang menyebabkan kemusnahan Panama City, Panama, iaitu bandar Sepanyol yang terbesar di Amerika Tengah. | UMUM | |
PERJANJIAN PANGKOR | PERJANJIAN PANGKOR (1874), perjanjian yang ditandatangani antara pihak British dengan Raja Abdullah, Ngah Ibrahim, pembesar-pembesar Hilir Perak, ketua puak Hai San dan ketua puak Ghee Hin. Perjanjian ini ditandatangani pada 20 Januari 1874 di Pulau Pangkor, Perak. Perjanjian Pangkor termeterai ekoran perebutan takhta kerajaan Perak dan kekacauan antara dua puak pelombong Cina, iaitu puak Ghee Hin dan puak Hai San. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
SNORRI STURLUSON | Snorri Sturluson (1179–1241) ialah penyair dan ahli sejarah Iceland, pada Zaman Pertengahan. Hasil karyanya yang utama ialah Heimskringla (Circle of the World ), yang mengisahkan sejarah raja Norway yang bermula dari asal usul mereka hinggalah ke zamannya, dan juga Prose Edda. Kemungkinan dia juga menulis The Saga of Egill Skallagrimsson, salah satu saga Iceland yang terbaik tentang seorang penyair hebat tahun 900- an, yang juga salah seorang nenek moyang Snorri. Snorri seorang yang kaya dan berkuasa di Iceland. Pada akhir hayatnya, dia terlibat dalam perebutan kuasa di Norway yang menyebabkan dia dibunuh atas arahan raja Norway. Lihat juga Edda. | UMUM | |
SULTAN ALI | SULTAN ALI ( ? -1871), Sultan Perak yang ke-24 (1865-1871). Baginda bergelar Sultan Ali al-Mukammal Inayat Syah menggantikan Sultan Jaafar Muazzam Syah yang mangkat pada 20 Mac 1865. Baginda bersemayam di Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Semasa baginda menjadi sultan, Raja Abdullah telah dilantik sebagai Raja Muda dan bersemayam di Batak Rabit, manakala Raja Ismail dilantik sebagai Raja Bendahara dan bersemayam di Belanja. Sultan Ali mewarisi pemerintahan yang kurang stabil disebabkan perebutan takhta di kalangan keluarga diraja, pergaduhan antara orang Cina di kawasan perlombongan bijih timah di Larut, dan minat awal yang ditunjukkan oleh British untuk campur tangan di Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |