Argus ialah raksasa besar dalam mitologi Yunani. Ia
mempunyai 100 biji mata dan dikenali sebagai
Panoptes, yang bermakna melihat segalanya. Dewi
Hera menugaskan Argus menjaga pesaing yang
dibencinya, Puteri Io yang cantik, yang juga
perempuan simpanan suaminya, Zeus. Atas alasan
ini, perkataan argus kadangkala digunakan untuk
menerangkan penjaga yang sentiasa berjaga-jaga.
Kisaeng, gelaran untuk wanita Korea yang memberikan khidmat layanan dan menjadi perempuan simpanan golongan lelaki.
GUNDIK, perempuan simpanan raja atau sultan. Isteri (permaisuri) raja biasanya berketurunan raja dan dikahwini secara sah, manakala gundik ialah perempuan bukan berdarah raja yang diambil sebagai hamba atau orang suruhan raja atau istana. Bilangan isteri raja tidak melebihi empat orang sesuai dengan hukum Islam. Sebaliknya, raja boleh mempunyai gundik seramai mungkin. Pada peringkat awal perkembangan, Islam membolehkan hamba digauli oleh tuannya. Raja mengambil kesempatan itu untuk menghalalkan perbuatan tersebut dengan mempunyai gundik antara 300 hingga 400 orang.
Braun, Eva (1912–1945) ialah perempuan
simpanan Adolf Hitler, diktator Jerman dari
tahun 1933 hingga tahun
1945.
Thanks for clicking. That felt good.